Sungai Way ‘lubuk’ warga asing

Sungai Way ‘lubuk’ warga asing

Kawasan penempatan yang dibuka lebih 40 tahun lalu kini tidak ubah seperti perkampungan atau lubuk warga asing, paling memeranjatkan apabila majoriti penghuninya terdiri daripada warga Indonesia.

Sesak dan padat, begitulah keadaan boleh digambarkan di kawasan perumahan Sungai Way, Petaling Jaya.

Kawasan penempatan yang dibuka lebih 40 tahun lalu kini tidak ubah seperti perkampungan atau ‘lubuk’ warga asing, paling memeranjatkan apabila majoriti penghuninya terdiri daripada warga Indonesia.

Menurut salah seorang penduduk, Sin Chin Seong,50, beliau kesal dan kecewa melihat kebanjiran warga asing di kawasan itu.

Menurutnya, dahulu kawasan ini macam taman perumahan biasa, tetapi sekarang kawasan ini padat kerana ramai warga asing berhijrah dan menetap di sini.

“Ia berpunca daripada sikap pemilik rumah tempatan yang mahukan keuntungan cepat, mereka bertindak menyewakan rumah kepada warga asing ini.

“Pemilik rumah di situ kebanyakan tidak mahu tinggal di situ malah ada yang mengambil keputusan untuk berpindah kerana tidak selesa dengan keadaan yang ada dilihat menjadi punca kawasan ini,” katanya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Mengulas lanjut, Chin Seong memberitahu lebih berpuluh-puluh buah rumah sudah diubahsuai untuk dijadikan rumah sewa ataupun asrama untuk disewa kepada warga asing.

Ditanya mengenai masalah dihadapi penduduk, menurutnya, warga asing turut membuka perniagaan kedai makan dan kedai runcit di hadapan rumah sekali gus jalan raya menjadi sempit menyukarkan kenderaan.

“Selain itu, saya melihat keadaan kawasan setempat juga kotor kerana bahan buangan dari warung dan kedai runcit dibuang terus ke dalam longkang,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Komunitikini di sekitar kawasan tersebut mendapati setiap rumah yang diubahsuai menjadi asrama boleh menampung sehingga 30 hingga 40 penghuni manakala rumah yang disewa pula mampu menampung sehingga empat hingga lima keluarga.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Selain itu, terdapat peti lawatan polis digantung di beberapa buah rumah sewa dan asrama yang majoritinya dihuni warga asing.

Difahamkan peti lawatan polis dikhususkan kepada golongan VIP dan orang kenamaan sahaja.

Susulan itu, Komunitikini akan cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT)  dalam tempoh terdekat.