Komputer riba 1Malaysia untuk 4,000 pelajar Gua Musang

Komputer riba 1Malaysia untuk 4,000 pelajar Gua Musang

Seramai 4,160 pelajar dalam kawasan Parlimen Gua Musang akan menerima komputer riba 1Malaysia tahun ini, kata Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Timur, Mohd Shafie Harun.

Seramai 4,160 pelajar dalam kawasan Parlimen Gua Musang akan menerima komputer riba 1Malaysia tahun ini, kata Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Timur, Mohd Shafie Harun.

Beliau berkata pemberian komputer riba itu yang membabitkan kos RM4.160 juta akan dapat membantu pelajar daripada keluarga miskin dan sederhana terutamanya di luar bandar mendapatkan maklumat menggunakan ICT.

“Kita memberi komputer riba supaya setiap pelajar dapat mengguna dengan baik bagi menambahkan ilmu pelajaran menerusi penggunaan internet untuk mendapat sumber rujukan,” katanya kepada media selepas majlis Penyampaian Netbook 1Malaysia kepada pelajar yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di SMK Tengku Indera Petra Dua dekat sini semalam.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Dalam pada itu katanya SKMM akan memperluaskan rangkaian liputan kemudahan internet menerusi Jalur Lebar di Gua Musang dengan membina lebih banyak kawasan Wifi untuk penggunaan internet secara percuma.

Beliau mengakui setakat ini hanya beberapa tempat sahaja yang baru dipasang dengan kemudahan Wifi itu dan akan ditambah lebih banyak untuk penggunaan pelajar luar bandar.

“Selain di Kampung Lembaga, beberapa tempat termasuk di bangunan KCF dan tiga pusat Jalur Lebar Komuniti iaitu di Bandar Lama Gua Musang, Bertam Baru dan Bandar Chiku turut dilengkapi dengan alat Wifi.

“Begitu juga pembinaan menara untuk memperluaskan liputan itu di kawasan luar bandar sedang dalam proses untuk pemasangan dengan mengenal pasti tempat yang  sesuai,” katanya.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

–BERNAMA