Selepas berdekad, Gua Musang sekarang membangun

Selepas berdekad, Gua Musang sekarang membangun

Kerajaan Pusat tetap mengutamakan pembangunan dengan menjadikan bandar Gua Musang sebagai bandar termaju di Kelantan.

Kerajaan Pusat sama sekali tidak pernah membelakangi kepentingan rakyat di Hulu Kelantan, sebaliknya tetap mengutamakan pembangunan untuk menjadikan bandar Gua Musang sebagai bandar termaju di Kelantan menjelang 2020.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembangunan pesat itu dapat dilihat sejak kebelakangan ini berikutan peranan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang telah berjaya mencorakkan keadaan itu.

“Bandar Gua Musang juga kini semakin menjadi tumpuan orang ramai yang berhijrah bagi mencari peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

“Daripada jumlah penduduk hanya antara 200 hingga 300 orang sekitar tahun 60an, kini terus meningkat kepada lebih 16,000 penduduk dan mungkin dalam sedikit masa lagi bertambah lebih daripada itu” katanya.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penyampaian Netbook 1Malaysia Peringkat Parlimen Gua Musang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Dua di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusof, ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ab Ghani dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur, Mohd Shafie Harun.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Gua Musang berkata, beliau sudah lama mencadangkan kepada kerajaan Pusat supaya memberi fokus kepada pembangunan bandar itu dan kini semakin terkenal sebagai bandar transit.

“Kalau dahulu hanya sebuah sekolah rendah dan menengah sahaja di bandar ini, tetapi kini telah bertambah begitu banyak termasuk tujuh sekolah menengah.

See also  200-room Hyatt Place Hotel coming to Johor Bahru

“Kita sekarang masih dalam proses menunggu kelulusan membina sebuah sekolah menengah untuk pelajar Orang Asli di Kampung Kuala Betis,” katanya.

— BERNAMA