Pilihanraya Sarawak: 20 klinik luar bandar dilulus

Pilihanraya Sarawak: 20 klinik luar bandar dilulus

Kementerian Kesihatan meluluskan projek pembinaan 20 lagi klinik kesihatan di beberapa kawasan luar bandar di Sarawak.

Kementerian Kesihatan meluluskan projek pembinaan 20 lagi klinik kesihatan di beberapa kawasan luar bandar di Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pembinaan klinik kesihatan itu dibuat melalui separuh kedua Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Selain itu pembinaan dua hospital iaitu di Bandar Baru Semariang, Kuching dan Miri diluluskan pada separuh pertama RMK10,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setakat ini Sarawak mempunyai 21 hospital kerajaan, klinik kesihatan (229), klinik ibu dan anak (22) dan  klinik desa (lapan).

Sementara itu, Rosnah yang melawat Klinik Kesihatan Sebangan dan Klinik Kesihatan Sebuyau di sini berkata rancangan pembinaan semula dua klinik terbabit yang semakin usang dan tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa akan dimasukkan dalam pelan separuh kedua RMK10.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

“Kementerian amat prihatin dengan masalah rakyat di kawasan luar bandar dan sebab itu kita mahu tingkatkan kemudahan kesihatan yang sedia ada agar lebih mudah rakyat mendapat rawatan kesihatan yang terbaik,” katanya.
— BERNAMA