Wira Wira Masyarakat Diikhtiraf Pada Majlis Buka Puasa

SHAH ALAM – Wira-wira Disebalik Tabir, Unsung Heroes yang dilancarkan tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira dalam masyarakat

Shamsul Amree and Linda Hassan together with Salmah binti Ahmad, a single mother recognised for her dedication in taking care of her children.
Shamsul Amree dan Linda Hassan bersama Salmah binti Ahmad, seorang ibu tunggal yang berdedikasi membesarkan anak anak beliau seorang diri.

Sempena bulan Ramadan yang penuh kesyukuran, Domino’s Pizza hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bagi sekumpulan individu yang telah memberi inspirasi kepada Domino’s bagi inisiatif Wira-wira Disebalik Tabir, Unsung Heroes yang dilancarkan tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira dalam masyarakat dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.

Domino’s Pizza Malaysia and Singapore presenting the contribution to Ahmad Faizal to be given to a charity of his choice.
Domino’s Pizza Malaysia dan Singapore memberikan sumbangan kepada Ahmad Faizal untuk diberikan kepada badan amal pilihan beliau.

Tetamu khas, Ahmad Faizal, yang merupakan inspirasi utama inisiatif tersebut telah hadir di majlis iftar tersebut. Bekerja sendiri sebagai dispatch atau penghantar barang,  dan menjual Nasi Lemak, Ahmad Faizal mengamalkan prinsip seikhlas hati ketika mencari nafkah. Seorang individu yang prihatin atas keperluan orang lain, Ahmad Faizal adalah teladan bagi seorang wira moden sejati, terutamanya pada hari ini di mana segalanya berlandaskan terma komersil dan materialistik. Bagi meneruskan visi Ahmad Faizal di dalam menyebarkan niat murninya, Domino’s Pizza telah membuat sumbangan kepada badan amal pilihan Ahmad Faizal. Sumbangan ini merupakan yang pertama daripada beberapa kerjasama Domino’s Pizza dalam usaha untuk mewujudkan kesan yang positif di kalangan masyarakat.

Group picture of the Domino's team together with Ahmad Faizal along with the students of Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18
Staff Domino’s bersama Ahmad Faizal dan pelajar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri oleh insan-insan dari pelbagai lapisan masyarakat, yang terdiri daripada individu luar biasa yang bekerja keras dan lebih masa setiap hari, berkorban serta sentiasa meletakkan keperluan orang lain sebelum kepentingan mereka sendiri bagi menyara keluarga serta berbakti kepada masyarakat. Antara Wira-wira Di Sebalik Tabir, Unsung Heroes yang menghadiri majlis itu ialah ibu tunggal yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup, anggota polis dan bomba yang berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira cuaca, anggota keselamatan jiran tetangga, anggota sukarelawan RELA yang berkhidmat untuk masyarakat serta mereka yang memainkan peranan yang bermakna dalam memastikan bandar-bandar dan jalan raya kita bersih.

These students were given the recognition for playing a vital role as a source of support and motivation to their peers through their involvement with the Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Usaha pelajar pelajar ini memainkan peranan penting memberi sokongan moral dan motivasi kepada rakan rakan seiring mereka melalui Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diberi pengikhtirafan

Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Sempena kita menyambut bulan yang mulia ini, buka puasa hari ini adalah peluang yang baik untuk kita beramal disamping menghargai serta mengiktiraf mereka yang telah menjadi sumber inspirasi kepada kita. Setiap insan-insan ini adalah unik dan kami berharap dengan berkongsi kisah-kisah mereka, ia akan memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia serta inspirasi untuk melakukan perubahan yang positif dalam kehidupan mereka.”

Shamsul Amree and Linda Hassan along with the ones whom have played a crucial role in maintaining the cleanliness of the public cities and streets having fun posing with Domino's props
Shamsul Amree dan Linda Hassan bersama wira wira yang bertangungjawab menjaga kebersihan tempat awam, meriah bergambar bersama prop Domino’s

Para tetamu majlis buka puasa tersebut telah dihidangkan dengan set Ramadan Domino’s yang terdiri daripada pelbagai pizza berperisa lazat di samping minuman yang menyegarkan. Selain menjamu tetamu dengan hidangan Domino’s, Domino’s Pizza juga telah menyediakan sumbangan Hari Raya, antaranya termasuk baucar Domino’s dan kuih raya untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Remy Alfie Awang