Guru Sabah digesa beri perkhidmatan terbaik

Guru Sabah digesa beri perkhidmatan terbaik

Para guru di negeri Sabah digesa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar.

Para guru di negeri Sabah digesa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar demi memastikan agenda pendidikan negara yang selaras dengan pembangunan masa kini tercapai.

Pengarah Pelajarah Sabah, Dr. Muhiddin Hj. Yussin berkata, pengetua dan guru-guru perlu memainkan peranan masing-masing kerana mereka merupakan antara barisan hadapan yang akan memastikan lebih ramai modal insan berkualiti dapat dilahirkan di negeri ini.

Melalui visi pelajaran negeri Sabah, semua yang terlibat dalam pendidikan perlu menitikberatkan aspek disiplin pelajar agar mereka mempunyai sahsiah dan jati diri yang boleh membawa mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi, kata Muhiddin semasa berucap merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pelajaran Sabah di Dewan Serbaguna Beluran.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

Mengenai penyambungan kontrak bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Pelajaran Sabah, Muhiddin berkata, pihaknya telah mengajukan permohonan bagi penyambungan semua pegawai terbabit.

“Walaubagaimanapun, keputusan bagi penyambungan kontrak semua pegawai terbabit adalah di bawah bidang kuasa pihak Kementerian,” ujar beliau.

Laporan prestasi semua pegawai terbabit telah diserahkan dan penyambungan kontrak semua pegawai akan dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak kementerian, ujar beliau lagi.

Gary Louis Supi