Kopitiam Bee : Dari Sungai Petani ke Chennai

Kopitiam Bee : Dari Sungai Petani ke Chennai

Pramugari dari Malaysia yang memperoleh gaji tinggi, jarang-jarang menceburkan diri dalam perniagaan makanan di tempat yang begitu asing seperti di Selatan India, dengan bergantung pada panduan masakan neneknya.

Pramugari dari Malaysia yang memperoleh gaji tinggi, jarang-jarang menceburkan diri dalam perniagaan makanan di tempat yang begitu asing seperti di Selatan India, dengan bergantung pada panduan masakan neneknya.

Tetapi Chong Bee Bee, dari Sungai Petani, Kedah, meneroka idea ini, dengan membuka cawangan “Bee’s Kopitiam” pertamanya dengan kemudahan yang sudah di Express Avenue Mall di sini.

Lebih dikenali dengan Aunty Bee di kalangan pelanggannya, malahan telah membuktikan pengurusan salah bahawa ijazah universiti atau dana yang banyak diperlukan untuk merealisasikan impian.

“Ia satu impian tercapai. Saya telah merancangnya sejak 10 tahun lepas. Saya mahu mulakan satu konsep yang senang dengan satu jenis makanan dan saya pilih Chennai kerana kebanyakkan orang tahu bertutur bahasa Inggeris dan juga mesra,” kata usahawan berusia 39 tahun itu kepada Bernama.

See also  Sajian Ramadan dan Hari Raya kembali ke SDCC

Setelah berkhidmat dengan Singapore Airlines (SIA), beliau berhenti bekerja dan memulakan kehidupan berkeluarga dan kemudian berpindah ke Chennai dengan suaminya seorang konsultan IT yang berbangsa Perancis, di mana beliau membuat sedikit kerja-kerja sajian sebelum menceburkan diri dalam perniagaan makanan.

Pada Jun lepas, beliau akhirnya menceburkan diri dalam industri makanan yang kompetitif, dengan membuka sebuah cawangan menjual masakan Malaysia seperti char kuey teow, nasi ayam, rendang, sate, roti canai dan mi goreng di Chennai di mana ramai rakyat asing serta Malaysia tinggal di bandar raya itu.

“Saya ada kira-kira 16 resepi makanan utama dalam hidangan. Saya tidak mencampuradukkan rasanya dengan makanan India. Saya cuba kekalkan keaslian makanan. Rakyat India mula membiasakan diri dengan rasa masakan Malaysia,” tambah beliau yang dibantu dengan sembilan kakitangan.

See also  Joybean Malaysia introduces four new 100g potato chips

“Rendang saya dijual dengan laris dan sate saya juga sangat laris. Pada hari Khamis dan Jumaat, saya hidangkan ketam cili. Idea saya ini untuk mereka yang menghargai  akanan saya. Kini saya mempunyai pelanggan tetap dan saya tidak menghadapi saingan di sini yang menjual makanan tempatan India, Thai dan Barat,” kata Chong.

Dengan mempunyai kemahiran industri hospitaliti, beliau berhasrat untuk membuka sebuah restoran berorientasikan Perancis di India, iaitu rancangan pada masa tuanya oleh seorang ibu kepada dua anak remaja perempuan.
— BERNAMA