Pelancaran “Honeymoon Coffee” Membuka Peluang untuk Pengusaha Sabah

Born For Success Borneo mampu untuk memberi pendapatan yang lumayan kepada sesiapa saja yang menyertai peluang perniagaan tersebut serta dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan semua.
Born For Success Borneo mampu untuk memberi pendapatan yang lumayan kepada sesiapa saja yang menyertai peluang perniagaan tersebut serta dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan semua.

Born For Success (BFS) telah melancarkan rangkaian product terbaru mereka yang telah di beri nama Honeymoon Coffee, Triple Stem Cell Callogen Dan Stevia, di palace hotel sabtu lepas dan mengharapkan orang Sabah akan mengambil peluang di dalam perniagaan tersebut.

Duta kepada Born For Success Borneo, Nadia Azis berkata product tersebut mampu untuk memberi pendapatan yang lumayan kepada sesiapa saja yang menyertai peluang perniagaan tersebut serta dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan semua.

Nadia berkata sebelum menyertai perniagaan Born For Success (BFS) ini beliau mempunyai kerjaya sebagai seorang model tempatan dan banyak mengadakan pertunjukkan modelling di seluruh Malaysia, dalam masa yang sama beliau juga bergiat aktif di dalam perniagaan mengedar produk kesihatan dan kecantikan di Kota Kinabalu.

Nadia memberi ucapan ketika majlis pelancaran Born For Success
Nadia memberi ucapan ketika majlis pelancaran Born For Success

Apabila beliau berjumpa dengan Pengasas Born For Success (BFS) beliau bermula dengan mencuba untuk mengunakan product tersebut dan berminat dengan sistem perniagaan Born For Success (BFS) yang menjaminkan pulangan yang menguntungkan serta produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan daripada World Health Organisation (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Product tersebut juga telah diiktiraf oleh Good Manufacturer Practices (GMP) dan juga memiliki sijil Halal kepada setiap produk yang di pasarkan atas sebab syarikat Born For Success tersebut memiliki kilang memproses produk tersebut dengan jaminan kualiti yang terbaik di Sungai Petani,Kedah.

Nadia juga berterima kasih kepada syarikat Born For Succes (BFS) kerana telah melantik beliau sebagai Duta Utama kepada pasaran Borneo, inilah kelebihan kepada syarikat Born For Success (BFS) walaupun syarikat tersebut berpusat di semenanjung Malaysia tetapi Pengasa Produk tersebut adalah berasal daripada SABAH, Serta Duta Utama juga berasal dari Sabah.

“Saya Yakin dengan kekuatan Syarikat Born For Success yang mempunyai Kilang Produk sendiri bagi menjamin kualiti semua produk Born For Success (BFS) dan dalam masa yang sama menjamin harga produk Born For Success (BFS) jauh lebih murah daripada produk lain di pasaran Malaysia” tambah Nadia.

“Saya juga mempelawa semua golongan masyarakat untuk berniaga bersama dengan Born For Success (BFS) untuk keberkatan,Kesihatan, Kecantikan dan menjana pendapatan sampingan. Tambah Nadia lagi.