KHS anjur pelbagai aktiviti kemasyarakatan

KHS anjur pelbagai aktiviti kemasyarakatan

Presiden KHS, Dr V.Sunder berkata, antara program itu ialah Sumbangan Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mei, Kejohanan Bola Jaring Terbuka (April) dan Kempen Pencegahan Jenayah pada Jun nanti.

Beberapa aktiviti melibatkan kemasyarakatan, pendidikan, kesukanan dan keselamatan akan dianjurkan oleh Kelab Harmoni Selangor (KHS) di sini.

Presiden KHS, Dr V.Sunder berkata, antara program itu ialah Sumbangan Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mei, Kejohanan Bola Jaring Terbuka (April) dan Kempen Pencegahan Jenayah pada Jun nanti.

Menurutnya,pihaknya juga bakal mengadakan Seminar Peperiksaan bagi ketiga-tiga peperiksaan itu pada Julai dan ia merupakan program tahunan yang diadakan oleh kelab itu.

“Kepelbagaian aktiviti ini adalah tanda prihatin KHS terhadap keperluan dan kepentingan beberapa aktiviti khususnya kepada masyarakat setempat di negeri ini.

“Malah beberapa program yang kita adakan ini merupakan acara tahunan KHS dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan masyarakat tercapai,” katanya.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Sunder berkata, sempena Hari Polis yang ke 204, pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada pasukan itu terutama dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan negara sejak dulu lagi.

Menurutnya, kempen yang diadakan kelak juga adalah menyahut saranan polis yang mahukan semua pihak memainkan peranan dalam menangani jenayah di kawasan masing-masing.