Sambutan “Earth Hour” di Labuan suram

Sambutan “Earth Hour” di Labuan suram

Tepat jam 8.30 malam semalam, seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan telah menyambut kempen “60 Minute Earth Hour”.

 

Tepat jam 8.30 malam semalam, seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan telah menyambut kempen “60 Minute Earth Hour”.

Koperasi Wanita Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan yang disokong oleh Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan telah mengatur satu program kesedaran di dataran Labuan.

Para peserta telah membuat perarakan tanglung yang disertai oleh persatuan belia kampung, rukun tetangga dan sekolah menengah. Peserta seramai 80 orang telah terlibat dalam perarakan ini juga disertai oleh kelab Volkwagen Labuan.

Perasmian perarakan peserta telah di lakukan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan, Perbadanan Labuan, Rithduan Hj. Ismail.

Menurut Pengerusi Koperasi Wanita Labuan, Zailina Harbil, program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa perlunya kita bersama menjaga alam sekitar, lebih-lebih lagi  perubahan iklim yang amat ketara sejak kebelakangan ini.

See also  Tetra Pak recognized for environmental leadership

“Walaupun hanya 60 minit, ia mampu memberi impak jangka masa panjang kiranya dilakukan dengan keikhlasan dan sayangkan bumi,” ujar beliau.

Walaupun program ini telah dilaksana diseluruh dunia sejak tahun 2008, sambutan orang ramai masih lagi dingin terutama di pulau Labuan ini.

Melalui tinjauan yang di lakukan oleh Komunitikini semasa “60 Minit Earth Hour” itu, kebanyakkan ruang kedai, pejabat dan bangunan yang ada di sekitar bandar Labuan masih lagi terang benderang umpama tiada apa-apa program yang berlaku.

Sikap tidak ambil peduli kebanyakkan penduduk Labuan terhadap kempen alam sekitar ini menunjukkan kesedaran mereka masih berada di takuk bawah.

Program yang dilaksana pada malam ini juga amat hambar dan suram kerana tiadanya sokongan yang menyeluruh dari pelbagai pihak.

See also  Malaysian alumni empower Timor-Leste youth in coral reef conservation

 

Ridzuan