Babi hutan dibunuh untuk daging sebanyak lapan tan

Babi hutan dibunuh untuk daging sebanyak lapan tan

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lapan tan metrik daging babi hutan yang telah diproses di sebuah stor haram di Kampung Kolam, di sini semalam.

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lapan tan metrik daging babi hutan yang telah diproses di sebuah stor haram di Kampung Kolam, di sini semalam.

Komander UPP Padang Besar ASP Noor Janihan Nanyan berkata rampsan itu dilakukan selepas sepasukan anggota UPP yang melakukan rondaan terserempak dengan kegiatan pemunggahan barangan yang mencurigakan daripada sebuah lori kedalam premis itu kira-kira pukul 3 petang.

Hasil pemeriksaan, UPP mendapati premis itu dijadikan tempat simpanan daging itu manakala pemilik premis, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun gagal mengemukakan lesen premis itu.

“Apabila meminta pemilik premis mengemukakan lesen, kami mendapati lesen itu sebenarnya beralamat di lokasi lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Perhilitan.

Noor Janihan berkata nilai rampasan bagi kesemua daging itu dianggarkan RM40,000 mnakala sebuah lori bernilai RM60,000 yang digunakan bagi membawa daging itu turut dirampas.

Menurutnya berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menmperolehi bekalandaging itu daripada pembekal di Perak untuk dijual di pasaran tempatan dan juga pasaran Thailand.

Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 46(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata kesemua daging yang dirampas itu akan dilupuskan. Noor Janihan berharap kerjasama berterusan daripada orang ramai supaya melaporkan setiap kegiatan yang mencurigakan di kawasan Padang Besar dengan menghubungi talian 04-9490624 atau 9490625 untuk tindakan segera.

–  Bernama