Cadangan pembangunan komersil di Taman Subang Ria dibatalkan

Cadangan pembangunan komersil di Taman Subang Ria dibatalkan

Kerajaan Selangor memulakan proses membatalkan rancangan pembangunan komersil di tapak seluas 19 ekar (7.6 hektar) di Taman Subang Ria yang dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2020.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, keputusan ini dibuat setelah Kerajaan Selangor mengambil kira rintihan dan bantahan sebahagian besar penduduk Subang Jaya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Tambah pula, menurutnya, usaha mencari penyelesaian terbaik bersama Sime Darby tidak mendapat kerjasama dari syarikat tersebut.

“Selepas diteliti secara perinci syarat-syarat rancangan tempatan, didapati kawasan seluas 19 ekar yang dicadangkan itu tidak sepatutnya dibangunkan untuk pembangunan komersil,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Khalid berkata selepas proses ini, rancangan pembangunan komersil di tapak seluas 19 ekar akan dikeluarkan dari Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2020, bermula hari ini.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Dengan pembatalan rancangan pembangunan ini, seluruh kawasan Taman Subang Ria seluas lebih 70 ekar akan dikekalkan untuk kegunaan rekreasi,” ujarnya.