Kursus kemahiran untuk lepasan SPM dan STPM Sabah

Kursus kemahiran untuk lepasan SPM dan STPM Sabah

Pelbagai kursus kemahiran akan ditawarkan kepada lepasan SPM dan STPM yang boleh membuka peluang pekerjaan.

Sekretariat Akademik, Teknologi Dan Kemahiran (ATK) dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menawarkan pelbagai kursus kemahiran serta akademik untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengarah ATK, Mohd Zamri Haji Yasin berkata, kebanyakkan program-program yang ditawarkan dijamin akan mendapatkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian atau latihan berikutan pengiktirafan yang diberikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kursus-kursus yang ditawarkan dan yang diiktiraf oleh MQA adalah Diploma Kejururawatan, Diploma Penjagaan Kesihatan, Diploma Paramedik, Diploma Senikulinari (Masakan/Chef) dan Diploma Teknologi Maklumat (IT), kata Zamri sambil menjelaskan bahawa kesemua kursus tersebut akan mendapat pembiayaan pinjaman jabatan dan agensi kerajaan.
Kursus-kursus lain yang ditawarkan adalah Diploma Teknologi Automotif, Diploma Multimedia Kreatif, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran, Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Industri, Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) dan Diploma Pendidikan (Pra Sekolah).
“Kursus kemahiran yang ditawarkan dan ditauliahkan oleh JPK pula adalah Kejuruteraan Automotif, Penyediaan Makanan (Masakan/Chef), Bakeri/Pastri/Peramusaji, Kerani Guaman (Julai), Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik Industri, Multimedia-Animasi dan Visual serta Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat (DKM),” katanya lagi dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16hb April 2011 ini dan dengan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Para pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan sijil/transkrip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), nama penuh, salinan kad pengenalan, alamat lengkap, kursus yang dipohon serta yuran pemprosesan/pengesahan sebanyak RM50.
Bayaran boleh dibuat dengan memasukkan wang ke dalam akaun ATK di Bank Islam bernombor 140 690 100 12279 dan kemudian menghantar salinan resit pembayaran bersama dengan dokumen yang dikehendaki. Pembayaran juga boleh menggunakan wang pos RM50 atas nama Bendahari ATK.
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat Sekretariat ATK iaitu Unit Proses, 31 A, Tingkat 2, Jalan Orkid 2B, Bandar Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor atau hubungi Mohd Zamri di talian 012-6858001 atau menghantar emel  ke [email protected] . Laman sesawang adalah http://www.atk.eduphd.com.
See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Gary Louis Supi