Internet untuk penduduk pedalaman Sabah

Internet untuk penduduk pedalaman Sabah

Salah satu usaha kerajaan untuk meluaskan penggunaan internet di kalangan masyarakat luar bandar adalah dengan mewujudkan pusat ICT Setempat.

Salah satu usaha kerajaan untuk meluaskan penggunaan internet di kalangan masyarakat luar bandar adalah dengan mewujudkan pusat ICT  Setempat.

Pada masa kini, pengguna internet di Sabah kebanyakkan adalah mereka yang tinggal di bandar.

Oleh itu, usaha ini dilihat sebagai  cara untuk menyeimbangkan penggunaan internet di kawasan bandar dan luar bandar.

Justeru itu, penduduk luar bandar digesa untuk merebut peluang dalam penggunaan kemudahan ICT yang disediakan oleh kerajaan.

Wakil Rakyat untuk kawasan Kuamut, Masiung Banah berkata, inisiatif ini penting untuk membolehkan penduduk luar bandar tidak terasing dari dunia luar khususnya di dalam memperolehi informasi terkini melalui layaran berita dalam dan luar negara.

Oleh itu, Pusat Jalur Komuniti (PJK) dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk menyediakan pusat ICT setempat agar lebih ramai masyarakat di kawasan luar bandar celik ICT di samping dapat menyeimbangkan penggunaan kemudahan internet di kawasan bandar dan luar Bandar, katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Kampung Pangkalan Bukit Garam di Kinabatangan.

Beliau juga turut menggesa agar lebih banyak syarikat telekomunikasi membekalkan talian komunikasi kepada penduduk setempat khususnya di kawasan pedalaman.

Sehingga kini dianggarkan hanya 10 peratus masyarakat luar bandar yang menikmati manfaat kemudahan PJK yang disediakan, katanya lagi.

Gary Louis Supi