Projek perumahan bernilai RM30 juta di Bukit Tunggal

Projek perumahan bernilai RM30 juta di Bukit Tunggal

Sebuah taman perumahan bernilai RM 30 juta akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal tahun ini bagi menampung keperluan kediaman mampu milik penduduk di kawasan berkenaan.

Sebuah taman perumahan bernilai RM 30 juta akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal tahun ini bagi menampung keperluan kediaman mampu milik penduduk di kawasan berkenaan.

Anggota Parlimen Kuala Nerus Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, projek yang melibatkan 300 unit rumah pangsa setinggi empat tingkat itu dijangka siap akhir tahun depan.

“Peruntukan untuknya sudah ada dan kini sebuah tapak seluas kira-kira dua hektar bagi membangunkan projek berkenaan sedang dicari,” katanya selepas merasmikan balai raya Kampung Seberang Tuan Chik di sini hari ini.

“Apabila siap kelak projek itu akan dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti surau, dewan orang ramai, taman permainan dan lain-lain untuk penduduk di situ,” tambahnya.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Mohd Nasir berkata projek berkenaan dilihat mampu menangani masalah kekurangan tempat tinggal terutama bagi golongan muda yang sudah berkeluarga dikawasan berkenaan.

Katanya projek berkenaan perlu memandangkan kawasan Kuala Nerus khasnya Bukit Tunggal begitu pesat membangun sekaligus membawa ketibaan ramai pendudukyang memerlukan taman-taman perumahan baru diwujudkan.

– Bernama