Tiada kompromi terhadap pengusaha kilang haram

Tiada kompromi terhadap pengusaha kilang haram

Sambutan dingin yang diberikan terhadap proses Pemutihan Kilang tanpa kebenaran yang diadakan sejak empat tahun lalu menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana premis yang masih gagal mengemukakan pelan kemajuan selepas 30 Jun ini.

Sambutan dingin yang diberikan terhadap proses Pemutihan Kilang tanpa kebenaran yang diadakan sejak empat tahun lalu menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana premis yang masih gagal mengemukakan pelan kemajuan selepas 30 Jun ini.

Tindakan itu juga adalah hasil langkah terdahulu majlis antaranya Notis Pemberitahuan kepada pekilang melalui program turun padang, taklimat, dialog bersama termasuk sesi bersama dewan perniagaan di sini.

Yang Di Pertua MPK,Datuk Mislan Tugiu berkata, hanya pekilang di Telok Gong sahaja dilihat memberikan komitmen dalam program itu termasuk menubuhkan persatuan dan kerjasama dalam mendapatkan status kilang sah serta CF.

Menurutnya, sebanyak 120 kilang daripada 396 buah yang dibanci memohon kebenaran merancang dan 90 daripadanya mengemukakan Pelan Bangunan selebihnya selebihnya gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan sebelum
ini.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Terdapat pelbagai insentif diberikan antaranya antaranya syarat teknikal minima,mengemukakan denda fee dan yuran pelan,mengecualikan pelan landskap serta beberapa syarat lain yang bertujuan menggalakkan pekilang mengemukakan pelan kemajuan iaitu  pelan kebenaran merancang, pelan bangunan dan infrastruktur.

“Pekilang-pekilang ini yang degil ini telah menjadi liabiliti kepada majlis dengan keadaan infrastruktur yang tidak terurus,terancang dan terkawal serta menimbulkan pelbagai masalah lain antaranya kebersihan dan kemudahan frasarana yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Mislan berkata, selain perkara di atas,antara masalah yang sedang dihadapi bagi program pemutihan itu ialah pemilikan tanah( terlalu ramai pemilik) dan kes tanah yang disewa antaranya pemilik enggan bekerjasama.

“Majlis tidak akan berkompromi dan akan mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada semua pekilang sebelum Mac ini agar mereka mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang dan Bangunan dan permohonan lesen.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Selain daripada itu,majlis juga akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan merangkumi Akta 172,Akta 133 dan Akta 171 oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tindakan di bawah Kanun Tanah Negara (pelanggaran syarat tanah) selepas Mac ini,” katanya.