Nasib penduduk rumah panjang PJS 1 dibela – Iskandar

Nasib penduduk rumah panjang PJS 1 dibela – Iskandar

Kerajaan Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju supaya membina rumah kos rendah bagi penempatan semula sebanyak 29 buah keluarga rumah panjang PJS 1, Petaling Jaya di tapak yang baru.

Kerajaan Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju supaya membina rumah kos rendah bagi penempatan semula sebanyak 29 buah keluarga rumah panjang PJS 1, Petaling Jaya di tapak yang baru.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri juga telah menawarkan bantuan sewa dan perpindahan kepada penduduk sehingga rumah kos rendah itu siap.

Menurutnya, jalan penyelesaian terbaik bagi penduduk rumah panjang PJS1 adalah dengan menerima bantuan kewangan yang ditawarkan dan berpindah keluar sehingga rumah kekal mereka siap dibina.

“Ini kerana rumah panjang yang mereka diami sekarang terlalu daif untuk dibaikpulih dan hanyalah penempatan transit sementara sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan.

“Dengan penyelesaian ini, penduduk akan dapat menikmati kediaman yang lebih sempurna dan sebuah sekolah akan dapat dibina untuk ribuan pelajar-pelajar di PJS1,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Mengulas lanjut, Iskandar berkata pada mulanya rumah kos rendah telah mula dibina dalam tahun 2004 pada satu tapak berdekatan tetapi mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut.

Menurutnya, Negeri Selangor dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan  telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah ini di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut pada tahun 2009.

“Ia merupakan sebagai sebahagian dari penyelesaian bagi penduduk rumah panjang itu di mana setiap keluarga telah ditawarkan RM 10,000 untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit yang lain sehingga rumah kekal mereka siap pada 4 Mac tahun lepas.

“Bantuan sewa dan perpindahan ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju di mana ia akan dibayar secara sekaligus,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Cempaka berkata, kerajaan negeri mahu penduduk rumah panjang itu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna,” katanya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Tambahan pula, menurutnya,tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan.Walau bagaimanapun tawaran kerajaan negeri ini telah ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010.

“Atas keprihatinan kerajaan negeri, bantuan sewa dan perpindahan ini telah ditambah pada 12 Mei 2010 di mana hanya 9 buah keluarga layak menerima sejumlah RM14,285.

Iskandar berkata, akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah maka Kerajaan Persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Pada masa yang sama, beliau menasihati penduduk rumah panjang khususnya supaya tidak terpengaruh dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan kepentingan politik dan bukan kepentingan seluruh penduduk PJS 1.

“Tohmahan yang mengatakan kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib penduduk adalah tidak berasas sama sekali,” tegasnya.