Hantar anak istimewa ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Hantar anak istimewa ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Ibu bapa yang mempunyai ‘anak istimewa’ digesa untuk menghantar anak-anak mereka ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang terdapat di setiap kawasan Parlimen.

Ibu bapa yang mempunyai ‘anak istimewa’ digesa untuk menghantar anak-anak mereka ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang terdapat di setiap kawasan Parlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, Hamisa Samat berkata, langkah itu amat penting untuk memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti program asas pembelajaran yang sesuai.

Hamisa berkata, “Ibu bapa yang mempunyai anak-anak dari golongan orang kurang upaya (OKU) seharusnya tidak merasa malu dengan kekurangan kanak-kanak tersebut.

“Jadi mereka perlu segera menghantar anak mereka ke PPDK yang merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk anak istimewa menjalani pemulihan,” katanya semasa program Mesra Rakyat di Kampung Seri Menanti Telekom, disini.

PPDK akan membekalkan kanak-kanak terlibat dengan pelbagai didikan termasuk kemahiran pengurusan diri dapat melengkapkan diri kanak-kanak istimewa terbabit agar mereka dapat berdikari, ujar beliau.

“Kemudahan ini membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga di rumah apabila kanak-kanak ini mampu menguruskan diri tanpa bantuan orang lain,” katanya sambil menyifatkan kanak-kanak tersebut adalah terlalu istimewa dan perlu diberi kasih saying yang lebih dari insan normal yang lain.

Hamisa menyifatkan anak-anak ini terlalu istimewa dan harus diberi kasih sayang yang lebih dari insan yang normal.

“Jangan sisihkan mereka, anggaplah mereka seperti anak yang normal. Curahkan kasih sayang pada mereka. Mereka tidak minta dilahirkan sebegitu dan jangan sekat hak mereka.”

“Hantarlah mereka ke PDK, di sini mereka akan memperoleh ilmu dan kemahiran. Kadangkala anak kita kelihatan normal, tetapi hasil ujian mendapatinya mempunyai masalah. Terimalah kenyataan andai perkara itu berlaku,” katanya lagi.

Dalam siri lawatan itu, beliau telah berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak orang kurang upaya, Umairah Saitseilza Rozi Nasrahshah, dua tahun yang tidak boleh berjalan dan hanya berupaya duduk di dalam besen semenjak dilahirkan.

Turut hadir sama kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung Batu dan Skuad Sayang Wanita UMNO Kalabakan.

Dalam lawatan itu, Hamisa turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga yang mempunyai anak OKU.

Gary Louis Supi