Nelayan Kelantan diberi jaring mahal dengan percuma

Nelayan Kelantan diberi jaring mahal dengan percuma

Jaring yanag bernilai RM300 setiap satu merupakan sumbangan syarikat pegusaha perikanan laut dalam, Syarikat Rampai Benua kepada Jabatan Perikanan Kelantan.

Photo by leomm

Seramai 47 nelayan kecil Pantai Kundor dijangka menjana pendapatan lumayan kira-kira RM1,000 sehari berbanding RM10 sehari sebelum ini selepas menggunakan jaring udang tiga lapis.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Zawawi Ali berkata penggunaan jaring udang tiga lapis membolehkan nelayan kecil yang sebelum ini hanya menggunakan pancing dapat memperolehi lebih banyak hasil tangkapan semasa musim tangkapan udang selepas musim tengkujuh setiap tahun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 47 nelayan kecil Kampung Pantai Kundor, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini. Jaring udang tiga lapis bernilai RM300 setiap satu disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta, pengusaha perikanan laut dalam, Syarikat Rampai Benua yang berpengkalan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Beliau berkata penggunaan peralatan yang sesuai bakal memberi pendapatan yang lebih bahkan mampu meningkatkan taraf hidup nelayan kecil di negeri itu. Katanya terdapat 5,000 nelayan kecil di Kelantan yang masih menggunakan peralatan tradisional yang tidak berapa sesuai untuk mendapatkan hasil tangkapanyang banyak.

— Bernama