Bomba: Hanya 5 peratus anggota bukan bumiputera

Bomba: Hanya 5 peratus anggota bukan bumiputera

Hanya lima peratus daripada 11,537 anggota dan pegawai dalam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan kalangan bukan bumiputera.

Hanya lima peratus daripada 11,537 anggota dan pegawai dalam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan kalangan bukan bumiputera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata faktor itu disebabkan kurangnya minat di kalangan belia bukan bumiputera untuk menyertai jabatan itu.

“Masalah ini berlaku dalam semua badan berunifom di negara ini, masalahnya dari segi minat. Yang keduanya pula disebabkan mereka lebih banyak terlibatd engan bidang profesional yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Kebombaan 2010 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk WanMohd Nor Ibrahim.

Mengikut rekod JBPM, daripada 11,537 jumlah keanggotaannya, seramai 10,624terdiri daripada kaum Melayu, India (236), Cina (92), dan lain-lain kaum 585orang

Mengulas lanjut, Lajim berkata JBPM sentiasa menggalakkan penyertaan bukan bumiputera dalam jabatan itu tanpa sebarang sekatan dan merekrut anggota baru setiap kali jabatan itu mengadakan pameran.

“Kita sentiasa terbuka, tidak ada sekatan (penyertaan) sama ada terhadap kaum Cina, India, Bumiputera Sabah atau Sarawak. Tetapi mereka kenalah datangtemu duga dan isi borang, kalau tidak susahlah kita,” katanya.

Menurutnya pada masa kini masih terdapat 1,513 kekosongan pelbagai jawatan termasuk 759 kekosongan jawatan pegawai bomba gred KB17-22 yang perlu diisi segera untuk ditempatkan di balai-balai bomba di seluruh negara.

Katanya ini ditambah lagi dengan tanggungjawab yang kini semakin bertambah dipikul oleh jabatan itu yang tidak lagi tertumpu kepada usaha memadamkan kebakaran tetapi juga operasi-operasi menyelamat yang lain.

Beliau berkata pada masa kini terdapat 254 balai bomba di seluruh Negara dan lapan lagi balai daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan disiapkan dalam RMK-10.

Sementara itu, seramai 181 anggota terdiri daripada 45 pegawai Diploma Lanjutan Sains Kebombaan, 23 Pegawai Diploma Sains Kebombaan dan 113 Pegawai Kursus Sijil Asas Sains Kebombaan tamat latihan hari ini.

— BERNAMA