Pesta Kalimaran disambut meriah oleh orang Murut di Sabah

Pesta Kalimaran disambut meriah oleh orang Murut di Sabah

Pesta Kalimaran, iaitu perayaan kebudayaan tahunan bagi etnik Murut di Sabah yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 April ini dijangka lebih meriah di mana jumlah pengunjung disasarkan melangkaui jumlah 20,000 orang pada tahun lalu.

Pesta Kalimaran, iaitu perayaan kebudayaan tahunan bagi etnik  Murut di Sabah yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 April ini dijangka lebih meriah di mana jumlah pengunjung disasarkan melangkaui jumlah 20,000 orang pada tahun lalu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Ellron Angin yang merupakan pengerusi jawatankuasa induk bagi acara tersebut, berkata sebelum ini pesta tersebut selalu diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom, tapi kali ini ia akan menggunakan tiga lokasi dengan Padang Pekan Tenom sebagai lokasi utama.

“Kami akan mengadakan tiga aktiviti saja iaitu pertandingan lansaran, pertandingan sukan tradisi dan upacara tolak bala di Pusat Kebudayaan MurutSabah yang sedang melalui pengubahsuaian.

“Tapi kami percaya dengan lebih banyak acara dijalankan di Padang PekanTenom, termasuklah upacara  perasmian pada 9 April, pengunjung adalah lebih ramai kerana kawasan itu terletak di kawasan pekan dan lebih  mudah diakses,” katanya semasa sidang akhbar di bilik mesyuarat pejabat kementerian tersebut di sini hari ini.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Satu lagi lokasi terpilih bagi Pesta Kalimaran adalah Dewan Masyarakat Sri Antenom iaitu untuk pertandingan melukis murid-murid sekolah dan Rumah Terbuka Ansaluang yang akan dihoskan oleh Jabatan Kebudayaan dan KesenianNegara (JKKN) Sabah.

Pesta Kalimaran Kesembilan ini yang dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa  Aman, dianjurkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Pejabat DaerahTenom, dengan kerjasama Persatuan Murut Sabah.

Antara acara-acara utama lain adalah pameran etnik Murut yang akan memaparkan ketujuh-tujuh sub etnik Murut, pertandingan mencipta lagu Murut,

Ratu Kalimaran serta pameran, demonstrasi dan jualan kraftangan. Ellron menambah pada tahun ini juga, mereka akan menjemput populasi kaum Murut dari kawasan  Kinabatangan, Sandakan yang menggelar diri mereka Murut Tenggara, untuk turut serta dalam pameran dan mempersembahkan keunikan mereka,contohnya dari segi tarian.

See also  Kuching Tattoo Expo 2024: Global ink meets local heritage

“Kita baru mengetahui tentang mereka dan kita masih membuat kajian tentang mereka yang wujud sudah agak lama.

“Jadi kita minta pihak LKNS untuk membuat kajian terperinci mengenai populasi golongan Murut Tenggara ini,” jelas beliau sambil berkata lebih banyak akan diketahui tentang mereka ini semasa Pesta Kalimaran itu nanti.

Kalimaran merujuk kepada kegiatan kraftangan yang dilakukan oleh etnik Murut, dan pesta ini berasal  daripada cerita dahulu kala mengenai seorang gadis Murut yang rela mengorbankan dirinya untuk  dijadikan benih untuk ladang padi abangnya.

— BERNAMA