Kampung Baru: “Saya tidak mungkir janji,” kata Raja Nong Chik

Kampung Baru: “Saya tidak mungkir janji,” kata Raja Nong Chik

Kerajaan tidak akan menarik balik RangUndang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 yang dijangka dibentang untuk bacaankali kedua di Dewan Rakyat Jun ini, walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian.

Kerajaan tidak akan menarik balik RangUndang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 yang dijangka dibentang untuk bacaankali kedua di Dewan Rakyat Jun ini, walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin, berkata kerajaan telah memberikan tempoh yang mencukupi untuk memperhalusi semula draf rang undang-undang itu dengan mengambil-kira pandangan pihak-pihak yang berkepentingan di Kampung Baru.

“Kita tidak akan menarik balik rang undang-undang ini. Kita dah buat perjumpaan berkali-kali dengan wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, badan-badan bukan kerajaan (NGO) terbabit, sudah ada perjumpaan tertutup dengan semua ketua kampung yang lebih daripada sekali.

“Semua sepakat menyokong penuh penubuhan rang undang-undang ini dengan beberapa klausa diperhalusi sebab itu kita tangguh perbentangan rang undang-undang ini sehingga Jun,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, disini, semalam.

Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 14 Dis 2010 bertujuan menubuhkan suatu perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.’

Bagaimanapun rang undang-undang itu yang dijadual dikemukakan untuk bacaan kali kedua dan dibahas pada persidangan kali ini ditangguh sehingga Jun bagi membolehkan beberapa klausa di dalam rang undang-undang itu diperhalusi.

Raja Nong Chik turut menolak dakwaan Dr Lo’Lo Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) bahawa beliau mungkir janji apabila mengemukakan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat sebelum bertemu dengan pihak berkepentingan di Kampung Baru.

“Saya tidak mungkir janji, tetapi oleh kerana saya diberitahu bahawa peraturan rang undang-undang itu tidak boleh diberitahu kepada rakyat sehingga ia dibentang ke Parlimen, jadi saya akur untuk tidak berjumpa dulu (dengan penduduk) tetapi apabila sudah bentang, saya jumpa dan saya memang sudah menjangka akan ada klausa yang perlu diperbetulkan,” katanya.

Raja Nong Chik berkata, wakil kementerian akan turun ke setiap kampung untuk menjelaskan mengenai rang undang-undang itu bagi memastikan tidak ada ada lagi kekeliruan mengenainya.

Beliau berkata, untuk memberi kepuasan kepada semua pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, kerajaan memberi jaminan akan mengemukakan referendum kepada mereka dan jika semua pihak bersetuju barulah rang undang-undang itu akan diteruskan.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata kementerian bersedia menimbang cadangan supaya nama beberapa jalan di ibu negara ditukar dengan nama tokoh seperti Jeneral Tun Ibrahim Ismail dan Leftenan Adnan Saidin.  Beliau berkata selain nama jalan seperti yang dicadangkan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) itu, terdapat nama jalan dalam senarai menunggu untuk digunakan bagi jalan baru, antaranya nama Allahyarham Tun Hussein Onn (Jalan TunHussein Onn) dan Allahyarham Tun Ghafar Baba (Jalan Tun Ghafar Baba).

Bagaimanapun, katanya, penukaran nama sesuatu jalan di Kuala Lumpur kepada nama baru pada kelazimannya menerima bantahan daripada pemilik premis yang telah lama menggunakan alamat premisnya berpandukan kepada nama jalan berkaitan kerana ia akan menimbulkan kesulitan seperti pertukaran Mykad, alamat premis,surat-menyurat, bil utiliti dan sebagainya. Kelulusan penamaan atau pertukaran nama jalan di Wilayah Persekutuan KualaLumpur termasuk di Putrajaya dan Labuan adalah di bawah Jawatankuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) Wilayah Persekutuan (JNNG), katanya.

– Bernama