Aktiviti kemasyarakatan dekatkan mahasiswa dengan penduduk

Aktiviti kemasyarakatan sememangnya cukup sinonim dengan siswa untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat terutama di kawasan luar bandar.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda, Ir Kamaruzzaman Johari berkata, program berkenaan secara tidak langsung memupuk dan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan peserta terutama melibatkan kerja-kerja sukarela yang terdapat di dalam sesuatu program .

Menurutnya, kerja-kerja sukarela yang dijalankan itu juga mampu meningkatkan dan memperkukuhkan semangat kesukarelaan khususnya di kalangan siswa.

“Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti universiti melalui kerja amal bersama masyarakat memberi peluang kepada mereka untuk mendalami budaya,adat resam di samping dapat memperkenalkan fakulti dan pengajian kepada masyarakat terutama kepada penduduk.

“Pejabat BN Dun Sri Muda berasa bangga dapat bekerjasama dalam merelisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan mahasiswa yang berinovasi,kreatif dan mempunyai cirri-ciri graduan yang berkualiti serta boleh menabur bakti untuk negara kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) UITM Shah Alam di sini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu disertai oleh 28 pelajar juga turut mendapat kerjasama daripada Komuniti Bestari,Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan pemimpin setempat yang lain.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE