Bantuan guaman untuk masyarakat miskin di Sabah

Bantuan guaman untuk masyarakat miskin di Sabah

Khidmat nasihat guaman secara percuma boleh diperolehi oleh golongan yang tidak berkemampuan melalui Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah.

 

Golongan yang kurang berkemampuan serta berpendapatan kurang daripada RM25, 000 setahun tetapi memerlukan khidmat nasihat undang-undang, boleh mendapatkan khidmat peguam di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah.

Pengarahnya, Junariah Datu Nerian berkata, peranan jabatan tersebut penting di dalam mewujudkan keadilan yang saksama kepada gologan yang kurang berkemampuan.

“ Jabatan ini akan memainkan peranan  dengan cekap, tepat dan berkesan melalui khidmat dan tanggungjawab yang diberikan oleh para peguam di jabatan ini,” ujar Jurinah.

Ia sekaligus memberi nasihat guaman serta khidmat pengantaraan dan kesedaran undang-undang khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini, katanya lagi.

Menurut beliau, masyarakat di daerah ini dan juga Tawau, Semporna dan Lahad Datu juga perlu mengetahui kepentingan dan peranan jabatan tersebut dalam mengadili kes-kes yang diwakili oleh mereka seperti kes sivil, kes jenayah dan kes syariah.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan dan nasihat guaman boleh menghubungi terus  talian 088-488424 atau boleh melayari laman sesawang http://www.jbg.gov.my untuk keterangan lanjut.

 

Gary Louis Supi