Kimoterapi tidak berkesan untuk anak berusia empat tahun

Kimoterapi tidak berkesan untuk anak berusia empat tahun

Sudahlah hidup dengan bermata palsu akibat kanser pada matanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kini disahkan pula menghidap barah di kepala dan memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan.

Sudahlah hidup dengan bermata palsu akibat kanser pada matanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kini disahkan pula menghidap barah di kepala dan memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan.

Menurut ibu kepada Nurin Zuhayra Rosmizan, anaknya disahkan mengalami ketumbuhan di bahagian kiri kepala atau “left parietal mass” yang memerlukan pembedahan segera pada lusa.

Norhazliza Hassin, 29, berkata setelah sembilan kali anaknya menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser mata yang dihidapi anaknya itu sejak berumur 1 tahun 7 bulan, sekali lagi beliau dan suaminya, RosmizanRoslan, 32, menerima kejutan besar pada 4 Mac lalu apabila diberitahu pihak hospital bahawa anak mereka turut menghidap kanser di kepala.

“Doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian kiri kepala Nurin.Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak yang masih kecil menderita penyakit kedua pula,” katanya di rumahnya di Batu 5, JalanKuala Perlis dekat sini hari ini.

Norhaliza berkata anak sulungnya itu menghidap kanser mata atau “RetinoBlastoma” sehingga biji mata kirinya terpaksa dibuang dan digantikan dengan biji mata palsu yang diperbuat daripada kaca.

“Semasa berada di wad HKL sebelum ini, Nurin sering mengadu kepalanya sakit dan dia mendapati tangan dan kaki kanan anaknya itu menggeletar serta terkulai sehingga pergerakkannya tidak seimbang,” katanya.

Keluarga ini yang semata-mata mengharapkan pendapatan Rosmizan sebagai penghantar surat untuk menampung kehidupan mereka, turut menghadapi kesukaran apabila terpaksa berada di Kuala Lumpur bagi tempoh yang lama untuk menemani Nurin menjalani pembedahan kelak.

Norhazliza terpaksa meminta ehsan orang ramai untuk membantunya dengan menghubungi beliau di talian 012-4900672 atau menyalur sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 159012708424.

— Bernama