Geng samun pasar mini `Speedmart 99` diberkas

Geng samun pasar mini `Speedmart 99` diberkas

Enam individu termasuk seorang wanita berusia 31 tahun yang terlibat dalam 29 kes samun pasar mini di sekitar Petaling Jaya berjaya diberkas polis.

Enam individu termasuk seorang wanita berusia 31 tahun yang terlibat dalam 29 kes samun pasar mini di sekitar Petaling Jaya berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata suspek pertama berjaya diberkas oleh orang ramai sejam selepas dia menyamun sebuah pasaraya di Bandar Baru Sungai Buloh pada 15 Mac lalu.

Menurutnya, suspek pertama itu diberkas oleh saksi kejadian yang mengecam wajah suspek ketika sedang minum di sebuah restoran di kawasan yang sama.

”Susulan daripada penangkapan itu polis melancarkan gerakan memburu ke semua suspek terlibat dan berjaya menangkap lima lagi suspek di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada pemberita pada sidang media di IPD Petaling Jaya, pagi tadi.

Arjunaidi berkata,  ke semua yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes samun dan pemeriksaan air kencing menunjukkan ke semua mereka positif dadah.

” Dua daripada suspek yang ditahan berusia 25 dan 30 tahun adalah adik beradik yang masing-masing mempunyai 24 dan 4 rekod jenayah,” katanya.

Polis turut merampas dua bilah parang, dua topi keledar, sehelai jaket serta nombor pendaftaran palsu yang ditemui dalam kereta jenis perodua kelisa dan motorsikal jenis Yamaha yang digunakan oleh suspek untuk menyamun.

”Modus operadi suspek ialah masuk ke dalam pasar mini dengan memakai topi keledar berpenutup muka mengugut menggunakan parang dan melarikan wang tunai yang berada dalam peti simpanan tunai,”katanya

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 /397 kanun keseksaan,”ujarnya