Stesen minyak terbakar apabila kereta isi minyak

Stesen minyak terbakar apabila kereta isi minyak

Sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah di Alor Star terbakar dalam kejadian awal pagi ini dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbakar ketika mengisi minyak.

Sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah di Alor Star terbakar dalam kejadian awal pagi ini dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbakar ketika mengisi minyak.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak Mohd Noor Din berkata kejadian berlaku kira-kira 4.20 pagi menyebabkan pemiliknya kerugian RM160,000.

Katanya pihaknya menerima panggilan pada 4.26 minit pagi dan sampai ketempat kejadian tiga minit kemudian.

“Tiga jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Ketika sampai di tempat kejadian api marak dengan cepat dari sebuah kereta yang menyambar pam minyak sehingga menyebabkan stesen minyak itu terbakar 30 peratus dan memusnahkan sebuah pam minyak,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Waja.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiga pekerja dan pemilik kenderaaan berkenaan yang berada di tempat kejadian sempat menyelamatkan diri. Punca kejadian masih disiasat.

— Bernama