Terengganu berkabung selama 40 hari

Terengganu berkabung selama 40 hari

Kerajaan Terengganu hari ini mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari sebagai menghormati kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Ampuan Bariah Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Kerajaan Terengganu hari ini mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari sebagai menghormati kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Ampuan Bariah Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Sehubungan dengan itu semua jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di negeri ini diarah mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang sebagai tanda berkabung dalam tempoh berkenaan.

Program rasmi kerajaan, berunsur hiburan dan keceriaan di negeri ini juga ditangguhkan sementara.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan hari ini.

Almarhum Tengku Ampuan Bariah, 78 mangkat kira-kira 1.22 pagi semalam di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor.

Jenazah almarhum kemudian diterbangkan dari Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan pesawat C130 TUDM kira-kira 10.45 pagi semalam dengan turut diiringi oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta tiga orang anakanda baginda.

Jenazah almarhum selamat disemadikan di Makam Diraja perkarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, bersebelahan dengan makam suaminya almarhum Sultan Mahmud Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail selepas solat semalam.

— BERNAMA