Tsunami Jepun: Dermalah untuk ringankan beban

Tsunami Jepun: Dermalah untuk ringankan beban

Orang ramai kini boleh memberi sumbangan kewangan bagi meringankan penderitaan mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun menerusi “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri”.

Orang ramai kini boleh memberi sumbangan kewangan bagi meringankan penderitaan mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun menerusi “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri”.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tabung berkenaan digerakkan semula bagi tujuan tersebut.

Sumbangan perlu disalurkan melalui cek atas nama “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada Ketua Akauntan Kementerian Luar Negeri, Tingkat 2, Bangunan WP2, No 1 Jalan Wisma Putra, 62602 Putrajaya.

Pada 11 Mac lepas, gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter berlaku di luar pantai utara Jepun dan mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter yang meragut beribu nyawa.

— BERNAMA

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School