Kg Abuan, Sandakan terdedah kepada bahaya sungai

Kg Abuan, Sandakan terdedah kepada bahaya sungai

Penduduk yang tinggal di sini masih bergantung kepada perhubungan sungai yang mengambil masa empat jam untuk sampai ke jalan raya di kampung berdekatan, iaitu Kampung Lingkabau.

Kira-kira 500 orang penduduk Kampung Abuan termasuk guru-guru dan jururawat yang bertugas di situ, terdedah kepada bahaya menaiki bot untuk sampai ke kampung tersebut.

Penduduk yang tinggal di sini masih bergantung kepada perhubungan sungai yang mengambil masa empat jam untuk sampai ke jalan raya di kampung berdekatan, iaitu Kampung Lingkabau.

Insiden terbaru yang berlaku pada awal tahun ini menyaksikan sebuah bot yang turut dinaiki oleh seorang guru telah karam. Namun guru tersebut berjaya menyelamatkan dirinya.

Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee, menyatakan bahawa beliau telah mengemukakan permohonan membina jalan raya kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Abuan ini dijangka akan membabitkan kos sebanyak RM8 juta .

Gary Louis Supi