Jalan ke Kg Sri Ganda, Sandakan akan dinaik taraf

Jalan ke Kg Sri Ganda, Sandakan akan dinaik taraf

Kira-kira 200 penduduk Kampung Sri Ganda terpaksa hidup dalam keadaan jalanraya keluar masuk ke kampung yang teruk dan hanya dapat dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kira-kira 200 penduduk Kampung Sri Ganda terpaksa hidup dalam keadaan jalanraya keluar masuk ke kampung yang teruk dan hanya dapat dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Keadaan ini dijangka akan berubah 15 bulan akan datang apabila kerja-kerja menaiktaraf  jalan rosak sepanjang 22 kilometer di Jalan Ladang Unico itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini.

Difahamkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf jalan raya tersebut telah tergendala akibat daripada keengganan pihak pengurusan ladang memberikan kerjasama kerana kawasan terbabit adalah milik mereka.

Tetapi pengurusan ladang tersebut kemudiannya bersetuju membenarkan pembinaan jalan bertar di jalan tersebut yang membabitkan peruntukkan daripada kerajaan pusat sebanyak RM28.2 juta.

Projek pembinaan jalan Sri Ganda-Ladang Unico itu dilaksanakan bagi menggantikan cadangan membina jalan Kampung Tundon Buhangin–Kampung Sri Ganda yang dibatalkan oleh kerajaan negeri kerana membabitkan penggunaan laluan sebuah kawasan hutan Simpan.

Jalan tersebut apabila siap nanti, bukan saja ia akan mempercepatkan tempoh perjalanan tetapi juga menyenangkan penduduk kampung untuk memasarkan produk luar bandar.

Kampung Sri Ganda adalah antara kampung yang terletak jauh di luar bandar di daerah ini, dan memakan masa kira-kira empat jam perjalanan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Gary Louis Supi