Kastam Johor rampas 26,850kg kertas dan rokok

Kastam Johor rampas 26,850kg kertas dan rokok

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor merampas 26,850 kilogram kertas buangan serta rokok putih dan keretek pelbagai jenama bernilai RM10,862 dengan cukai dianggarkan RM106,466.34 di dua tempat yang berlainan.

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor merampas 26,850 kilogram kertas buangan selepas menahan sebuah lori di laluan keluar eksport di Kompleks Kastam Tanjung Puteri, di sini, tiga hari lepas.

Pengarah KDRM Johor Datuk Ramli Johari berkata kertas buangan memerlukan permit untuk dieksport. Bagaimanapun, pemandu lori itu sempat melarikan diri selepas terjun dari kenderaan itu ketika ditahan kira-kira 9.45 pagi, Selasa lepas oleh sepasukan anggota dari Unit Hasil (Eksport), katanya kepada  pemberita, di sini, hari ini.

Ramli berkata, Sabtu lepas pihaknya merampas rokok putih dan keretek pelbagai jenama bernilai RM10,862 dengan cukai dianggarkan RM106,466.34 dalam serbuan di premis di Taman Impian Mas, Skudai.

Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan kira-kira 10.30 malam itu, katanya.

— BERNAMA