Jalan ke KL Sentral ditutup sementara

Satu laluan menghala ke arah Kuala Lumpur Sentral di sini akan ditutup mulai hari Ahad ini pukul 12.05 tengah malam, sehingga pukul 5 pagi Isnin, untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di Lot G Menara Pejabat dan Retail Mall.

Kawasan yang terlibat membabitkan laluan selepas selekoh di Jalan Stesen Sentral (terletak di belakang Stesen Sentral) ke tempat letak kereta Metro Stesen Sentral Kuala Lumpur, sehingga ke selekoh menghala balai ketibaan ERL.

“Kemudahan letak kereta di tempat letak kereta Metro di Stesen Sentral Kuala Lumpur masih dibuka kepada pengguna sepanjang tempoh itu.

“ Pegawai-pegawaikeselamatan akan ditugaskan di kawasan berkenaan untuk membantu melicinkanpergerakan trafik, dan membantu pengguna.”kata syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menasihatkan pengguna dari arah Taman Seputeh dan Bangsar yang menghala ke arah balai ketibaan ERL Stesen Sentral Kuala Lumpur dalam tempoh berkenaan supaya menggunakan laluan Jalan Tun Sambathan-Jalan Sultan Sulaiman-Jalan Damansara-Jalan Stesen Sentral, untuk sampai ke balai ketibaan itu.

– BERNAMA