Harga mahal tetapi jualan rumah Sime Darby Property tetap laris

Harga mahal tetapi jualan rumah Sime Darby Property tetap laris

Kediaman Casa Rimba Superlink yang dilancarkan pada Disember tahun lepas dengan harga antara RM1.38 juta hingga RM2 juta, habis dijual pada 24 February tahun ini.

Sime Darby Property Bhd, yang berjaya dalam pelancaran hartanahnya pada Disember lepas dan Januari tahun ini, merancang melancarkan 15 projek kediaman dan komersial dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.6 bilion sehingga 30 Jun, 2011.

Sebagai susulan kepada kejayaan projek kediaman, Avani, Sime Darby Property merancang untuk melancarkan rumah bersambung dua setengah tingkat dalam dua fasa di beberapa bahagian tanah kediaman di baki beberapa kawasan tanah kediaman di Bandar Bukit Raja, Selangor.

Di Denai Alam, Selangor, syarikat akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi hartanah bertanah di sepanjang Guthrie Corridor dengan campuran pembangunan rumah superlink, berkembar dan pejabat kedai, katanya dalam satu kenyataan.

Di Melawati, kawasan utara Kuala Lumpur, terdapat rancangan untuk melancarkan pembangunan bercampur, yang terdiri daripada 480 pangsapuri berperkhidmatan bersebelahan podium perniagaan di Jalan Lingkaran Tengah II, katanya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Sebelum itu, tiga pelancaran projek Sime Darby Property, perbandaran Melawati, Denai Alam dan Bandar Bukit Raja telah melebihi unjuran jualan, memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemaju hartanah utama negara di samping menunjukkan permintaan yang baik daripada rakyat Malaysia untuk kediaman yang luas, selamat dan berkualiti tinggi.

Menurut syarikat, perbandaran Melawati, kediaman Casa Rimba Superlink dilancarkan pada Disember tahun lepas dengan harga antara RM1.38 juta hingga RM2 juta, habis dijual pada 24 Feb.

Di Denai Alam pula, Sime Darby Property melancarkan kediaman Mulberry, yang diperkenalkan ke pasaran hartanah pada akhir Januari.

Ia berkata 70 daripada 130 rumah bersambung dua tingkat direbut dalam masa satu minggu pelancaran dengan setiap unit berharga antara RM672,000 dan RM1,258,000.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Kejayaan pelancaran ketiga ialah di perbandaran Bandar Bukit Raja di mana Sime Darby Property memperkenalkan kediaman Avani, dengan 174 daripada 194 unit rumah dua tingkat itu dijual sehingga pada 24 Feb, dengan harga antara RM438,000 hingga RM687,000.

Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Tunku Putra Badlishah berkata kejayaan pelancaran itu mencerminkan pembeli rumah di Malaysia, memberi reaksi secara positif kepada komuniti yang dirancang dengan baik di lokasi yang mudah diakses.

– Bernama