Penutupan Jalan Sempenan Perarakan Chingay 2017 di JB

JOHOR BAHRU – Penutupan laluan yang akan dilakukan secara berperingkat ini akan bermula tujuh jalan dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 15 Februari.

Beberapa jalan utama di Johor Bahru akan ditutup secara berperingkat mulai 15 hingga 18 Februari berikutan dari Perarakan Chingay 2017. Penutupan laluan yang akan dilakukan secara berperingkat ini akan bermula tujuh jalan dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 15 Februari.
Perarakan Chingay yang diraikan masyarakat Tionghua di negeri ini setiap tahun mencatat sejarah tersendiri kali ini apabila pertama kali dirasmikan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Perarakan Chingay yang diraikan masyarakat Tionghua di negeri ini setiap tahun mencatat sejarah tersendiri kali ini apabila pertama kali dirasmikan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt M. Kumar jalan jalan tersebut adalah Jalan Gereja, Jalan Tun Razak, Jalan Ulu Air Molek, Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Susur Ibrahim dan Jalan Wong Ah Fook.
Jalan Ngee Heng pula akan ditutup bermula dari 8.30 pagi hingga 2.30 petang pada 16 Februari. Penutupan ini bagi membolehkan acara ‘membawa tokong keluar’ dari Kuil Kuno di Jalan Trus ke Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek, dilaksanakan.
Perarakan Chingay adalah acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870 yang memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.
“Pada malam kemuncak perarakan iaitu 17 Februari, jalan-jalan utama yang akan ditutup ialah persimpangan Jalan Gertak, Jalan Dato Menteri, Jalan Ayer Molek, persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat, Jalan Abu Bakar, Jalan Ayer Molek/Gertak Merah dan persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Onn serta Jalan Ayer Molek.” katanya.
Kumar juga berkata, penutupan antara pukul 3 petang hingga 3 pagi pada 18 Februari melibatkan Jalan Wong Ah Fook, Jalan Meldrum, Jalan Siu Nam, Jalan Siu Chin, pusingan ‘U’ Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Station, Jalan Abu Bakar dan susur Lingkaran Dalam/Jalan Abu Bakar.
Perarakan Chingay adalah acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870 yang memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

Vijay Kumar