Smk Taman Mount Austin, Johor Menangi Pertandingan Inovasi

JOHOR BAHRU – “Dalam pertandingan ini pasukan sekolah kami telah bertanding dengan pelajar dan pensyarah daripada politeknik jadi kami sangat gembira mendapat pingat emas.”

Pasukan inovasi Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Mount Austin

Guru dan pelajar dari pasukan inovasi Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Mount Austin, Johor Bahru, sangat teruja setelah berjaya mendapat pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Peringkat Kebangsaan.

Smk Taman Mount Austin telah menghantar tiga pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut dimana dua pasukan bertanding dalam kategori pelajar dan satu pasukan dalam kategori Pensyarah/Guru/ Pendidik dalam pertandingan yang diadakan di Poloteknik Metro Johor Bahru pada 19 Februari 2017.

Pertandingan diadakan di Poloteknik Metro Johor Bahru

Satu daripada pasukan tersebut telah memenangi pingat emas dalam kategori pelajar bagi inovasi Y5-SWITCH yang merupakan suatu suis yang direka untuk mengawal peralatan rumah dan jentera industri dengan hanya menggunakan telefon bimbit pintar. Inovasi Y5 Switch juga telah memenangi tempat keempat terbaik keseluruhan bagi kategori pelajar. Duo – Cycle Paper yang merupakan inovasi membuat kertas daripada daun kering dan juga medium menanam benih pula mendapat pingat perak.

Pasukan yang memenangi pingat emas dalam kategori pelajar
Pasukan inovasi Duo – Cycle Paper yang mendapat pingat perak.

Manakala TAD21, suatu alat yang memudahkan aktiviti mengajar hasil inovasi pasukan guru juga mendapat pingat emas dalam kategori Pensyarah/Guru/ Pendidik dan mendapat tempat ketiga terbaik keseluruhan.

Dalam wawancara bersama media internet CJMY, Cikgu Mohd Sahrul yang telah mewakili pasukan Inovasi Guru, telah berkata beliau sangat gembira dengan kejayaan ini.

“Dalam pertandingan ini pasukan sekolah kami telah bertanding dengan pelajar dan pensyarah daripada politeknik jadi kami sangat gembira mendapat pingat emas.” Cikgu Sahrul berkata.

Inovasi Y5 Switch memenangi pingat emas
Inovasi Y5 Switch juga telah memenangi tempat keempat terbaik keseluruhan

Cikgu Sahrul juga berkata bahawa pasukan Smk Taman Mount Austin telah mula membuat persiapan dari tahun 2016 lagi bagi pertandingan inovasi ini.

“Pasukan Inovasi Y5 Switch ini penah bertanding sejak tahun 2016 malah memenangi pingat emas dalam pertandingan peringkat daerah tetapi tidak menang pertandingan yang disertai di Kuala Lumpur pula. Ia telah mendorong kami mengubahsuai dan memperbaiki aplikasi serta rekabentuk Y5 Switch dengan menambahkan fungsi aktif suara yang memberikan kita pingat emas kali ini.” tambah Cikgu Sahrul.

Pasukan Inovasi pelajar terdiri daripada Faziera, Shahzanani, Hafiz, Harsweetha, Ashley, Deandra dan Uzma

Pasukan inovasi inovasi pelajar Smk Taman Mount Austin terdiri daripada Faziera, Shahzanani, Hafiz, Harsweetha, Ashley, Deandra dan Uzma. Pasukan Inovasi Guru pula terdiri daripada En. Nezhan, Cikgu Sahrul, Cikgu Fadhli, Cikgu Faeizah dan Cikgu Fatin.

 

 

 

 

 

Vijay Kumar