Ganjaran tanah untuk skuad bola Kedah: cerita sebenarnya

Ganjaran tanah untuk skuad bola Kedah: cerita sebenarnya

Kerajaan Kedah hari ini menjelaskan bahawa ganjaran tanah seluas dua hektar di Pokok Sena yang diumumkan kerajaan negeri semalam adalah bagi pemain skuad Kedah yang muncul juara tiga piala dalam semusim untuk dua musim berturut-turut iaitu 2006/2007 dan 2007/2008.

Ganjaran tanah itu bukanlah untuk pemain-pemain Kedah yang beraksi untuk skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala Suzuki 2010.

“Laporan berita semalam tidak tepat dan kami mohon supaya pembetulan dibuat,” kata Exco Belia dan Sukan negeri Dr Hamdan Mohamed Khalib kepada Bernama.

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan Menteri Besar Azizan Abdul Razak sebagai berkata kerajaan negeri akan memberi ganjaran tanah kepada lima pemain pasukan Kedah yang beraksi untuk skuad kebangsaan yang muncul juara Piala Suzuki AFF 2010.

See also  New Balance empowers female runners at Nagoya Marathon

Kedah menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2006/2007 dan kemudian berjaya mengekalkan kejuaraan ketiga-tiga piala tersebut pada musim 2007/2008.

– Bernama