Pinjaman mikro kredit RM100 juta daripada Avon

Pinjaman mikro kredit RM100 juta daripada Avon

Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat jualan langsung kosmetik terbesar di Malaysia, memperuntukkan pinjaman mikro kredit sejumlah RM100 juta setiap tahun untuk memberi peluang perniagaan khususnya kepada golongan wanita

Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat jualan langsung kosmetik terbesar di Malaysia, memperuntukkan pinjaman mikro kredit sejumlah RM100 juta setiap tahun untuk memberi peluang perniagaan khususnya kepada golongan wanita.

“Melalui kemudahan pinjaman mikro kredit Avon, kami memberi pinjaman antara
RM1,000 hingga RM70,000 kepada para pengedar Avon tanpa cagaran dan faedah,” kata Presiden Avon Malaysia Thailand, Vietnam dan Indonesia, Mansoor Wan Abdullah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas acara lawatan eksklusif
untuk para media sempena majlis sambutan ulang tahun Avon ke-125 baru-baru ini.

Kemudahan pinjaman yang telah diperkenalkan sejak 10 tahun lalu itu telah
merekodkan hutang lapuk kurang dari 1.0 peratus.

“Ini pencapaian yang membanggakan dan merupakan penanda aras yang baik untuk kredibiliti usahawan wanita dalam perniagaan kecil di negara kita dan mereka menghargai pinjaman yang diberi,” kata Mansoor.

See also  MYDIN boosts e-commerce with Zebra Tech's solution

Pada tahun lalu, Avon mencatatkan jumlah jualan RM400 juta dan RM370 juta
tahun sebelumnya dan setakat ini syarikat tersebut memiliki 179 francais dan
480,000 pengedar aktif di seluruh Malaysia.

Avon Malaysia telah mencapai kadar purata peningkatan 10 peratus sejak 10
tahun lalu.

“Pada tahun ini, kami menyasarkan untuk menambah 10 buah francais dengan anggaran modal pelaburan antara RM120,000 hingga RM150,000 setiap francais,” katanya.

“Kami juga berhasrat untuk menambah bilangan pengedar kepada 500,000 orang pada tahun ini.”

Avon juga bakal melancarkan sistem tempahan produknya secara online yang dikenali sebagai e-Brochure pada Oktober ini.

Avon yang kini berada di tangga teratas bagi segmen jualan minyak wangi dan
antara lima produk kosmetik pilihan di Malaysia, telah menarik sekitar lima
hingga lapan juta pengguna Avon dalam lingkungan usia antara 18 hingga 55 tahun di Malaysia.

See also  IP: Commercialisation and technology transfer

– Bernama