Creative Youth Talent Competition

Creative Youth Talent Competition

Inilah peluang terbaik bagi golongan muda untuk mempersembahkan bakat menghasilkan video kreatif terbaik di mana tarikh tutup penghantaran video adalah pada 31 april 2011.

Inilah peluang terbaik bagi golongan muda untuk mempersembahkan bakat menghasilkan video kreatif terbaik.

Persembahan akhir akan berlangsung di Putrajaya sempena dengan hari Himpunan Sejuta Belia pada 27 hingga 29 Mei ini.

individu atau berkumpulan tidak lebih dari sepuluh orang berumur 13 hingga 30 tahun.

Kategori dipertandingkan:

1. Right brain talent( mencari bakat dlm bidang nyanyian kreatif, alat musik, tarian kebudayaan, persembahan kreatif, karya berinovasi dan lain-lain.)

2. Left brain talent( mencari bakat luar biasa yg berkonsepkan intelektual seperti percipta rumusan matematik & sains, penghafal terpantas, bertutur pelbagai bahasa atau sebagainya).

3. Extreme and beyond talent( mencari remaja yg pakar dlm extreme sport cth persembahan skateboard, yoyo atau pun akrobatik, magik, luar biasa dan lain-lain).

Terma dan syarat

See also  Resorts World Genting unveils early Raya extravaganza

Program ini terbuka kepada peserta yang warganegara Malaysia berumur 13 hingga 30 tahun di mana peserta individu atau berkumpulan tidak melebihi 10 orang.

Hakcipta & isi kandungan:

1.Jangkamasa persembahan hendaklah tidak lebih dari 10 minit. Dan jangkamasa video hendaklah tidak lebih dari  5 minit.

2.Semua Hasil hendaklah asli dan bebas dari pornografi, perkauman, kebencian, kesalahn undang-undang, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

3.Pihak pengajur tidak bertanggung jawab sebarang penggunaan yang melanggar dan menyalahi hakcipta, patent, harta intelektual dan sebagainya.
4.Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan jika melanggar terma dan syarat.

Pengadilan dan penganjuran

1.Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang peralatan atau props sampingan untuk persembahan. Peralatan dan props tambahan hendaklah dibawa sendiri oleh perserta.

See also  Selamat Hari Raya Aidilfitri from Citizen's Journal

2.Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan tanpa memaklumkan kepada peserta. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

3.Persembahan akan dinilai mengikut daya kreativiti, keaslian dan bakat masing-masing. Pemilihan pemenang berdasarkan tapisan  daripada juri awam dan persembahan akhir dipilih oleh juri jemputan.

Hadiah

1.Hadiah-hadiah akan diperuntukkan untuk tiga (3) tempat terbaik dan (10) tempat untuk saguhati.

2.Peserta yang ambil bahagian akan menerima sijil penyertaan.

3.Keputusan hakim adalah muktamad.

sila isikan borang dibawah dan hantar kepada penganjur untuk pendaftaran bagi kategori persembahan: (right brain/left brain/extreme&beyond)

Penyertaan: (indvidu/berkumpulan)

Nama penuh ahli kumpulan/ individu, alamat surat menyurat, nombor telefon dan emel.

Hantarkan video kreatif anda di [email protected] / [email protected].

Tarikh tutup penghantaran video adalah pada 31 april 2011.