Pertandingan pancaragam cungkil bakat baru

Pertandingan pancaragam cungkil bakat baru

Buat pertama kalinya, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Klang akan mengadakan pertandingan pancaragam yang akan berlangsung 18 Jun ini.

Gambar hiasan

Buat pertama kalinya, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Klang akan mengadakan pertandingan pancaragam yang akan berlangsung 18 Jun ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata pertandingan pancaragam MPK 2011 itu bertujuan menggalakkan penyertaan kumpulan  dari sekolah menengah seluruh negeri Selangor.

“Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan pancaragam sekolah menengah seluruh negeri Selangor dan bakal diadakan di Stadium Hoki Pandamaran.

“Setiap kumpulan dihadkan kepada 48 ahli termasuk konduktor, drum major dan konduktor dengan tema lagu P. Ramlee selain lagu bebas pilihan kumpulan masing-masing,” katanya

Menurutnya, tarikh tutup penyertaan pada 9 April dan penyertaan juga terhad kepada 10 kumpulan sahaja.

See also  IPC celebrates Raya with "Bestnya Raya Stail Saya"

Norfiza berkata,pertandingan yang diadakan juga bertujuan menggalakkan penubuhan pasukan pancaragam di sekolah, selain meningkatkan potensi setiap kumpulan yang menyertainya kelak.

Bagi mereka yang berminat,boleh menghubungi Roshayati Abdul Rahim di talian 03-33716044 sambungan 1234/1015, 019-2207671, faks 03-33720875 atau melalui email [email protected].