Hotel bajet mesra Muslim di Selangor

Hotel bajet mesra Muslim di Selangor

Sekumpulan pengusaha hotel bajet di Selangor bercadang memperkenalkan perkhidmatan hotel murah berkonsepkan mesra Muslim bagi menarik lebih ramai pengunjung dari negara Islam.

Sekumpulan pengusaha hotel bajet di Selangor bercadang memperkenalkan perkhidmatan hotel murah berkonsepkan mesra Muslim bagi menarik lebih ramai pengunjung dari negara Islam.

Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Selangor Ir Mohamed Hassan KB Hamzah berkata langkah itu merupakan strategi baru pihaknya untuk meningkatkan imej hotel bajet ke arah mencapai wawasan 2020 untuk Selangor.

Beliau berkata negeri itu mensasarkan ketibaan 36 juta orang pelancong menjelang 2020 dengan pendapatan RM168 bilion.

“Kita akan cuba merangka apa yang boleh kita laksanakan dalam konsep itu dalam usaha untuk menarik pelancong terutama pelancong Timur Tengah.

“Dengan ini, ia sekaligus dapat mengubah imej hotel bajet yang selama ini dipandang negatif oleh sesetengah pihak yang sering mengaitkannya dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan Keempat persatuan itu, di sini hari ini.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk melaksanakan konsep perkhidmatan hotel seumpama itu.

“Kami akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Jais mengenai langkah yangperlu dibuat untuk mencapai status hotel yang berkonsepkan Islam, dan pada masa sama turut menerima pelanggan bukan Islam,” katanya.

Persatuan itu akan meletakkan pelekat di kaunter penerimaan tetamu untuk memudahkan pelancong membezakan hotel biasa dengan hotel yang berkonsepkan Islam.

Sementara itu, persatuan hotel itu turut bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi jumlah kehadiran pelancong tempatan dan asing di negeri ini.

“Tahun lepas kita menerima 5.8 juta pelancong dan kita percaya jumlah mereka akan meningkat tahun ini kerana Selangor mempunyai banyak produk pelancongan menarik untuk dilawati,” katanya.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Dalam usaha penambahbaikan hotel berkenaan, pihaknya juga mengadakan kursus untuk kakitangan dan pengusaha hotel-hotel bajet sebagai persiapan untuk menghadapi proses liberalisasi dalam sektor pelancongan.

– Bernama