Tujuh-puluh-dua penduduk Kampung Kemensah terima kunci “town house”

Seramai 72 orang penduduk di Kg Kemensah telah menerima kunci rumah “town house” masing-masing pagi semalam.

Majlis penyerahan kunci rumah ini telah mendapat kerjasama daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

Penyerahan kunci rumah ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar B. Abdul Samad.

Iskardar berkata, PNSB, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk -penduduk asal Kg Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

“Projek ini yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd merangkumi 72 buah unit ‘town house” yang merangkumi Block A, B, C, D dengan keluasan 850 kaki persegi dan dijual dengan harga RM50,000.00 seunit.

Pembangunan projek Kemensah Hilir yang akan dinamakan Bukit Kemensah Indah, meliputi tanah seluas 15.6 ekar yang mengandungi unit-unit rumah teres, rumah kelab dan dewan, ujar Iskandar.

“Saya harap agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk,” kata Iskandar di dalam ucapannya.

“Saya bersyukur kerana rumah yang diidamkan selama ini telah diterima tetapi saya berasa sedih kerana isteri saya tidak sempat melihat rumah tersebut kerana meninggal dunia 4 bulan dahulu,” ujar Mohd B. Manan yang telah menetap di rumah setinggan yang dikenali sebagai Kg Kemensah Hilir yang bermula 1962 sehingga 2005

Turut hadir bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen Gombak  Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB)  Ahmad B. Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB)  Samad Maharuddin.

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE