Azmin lancar Pusat Komuniti Bukit Antarabangsa

Azmin lancar Pusat Komuniti Bukit Antarabangsa

Sebuah Pusat Komuniti Bukit Antarabangsa telah ditubuhkan sempena 3 tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, baru-baru ini.
Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Komuniti Antarabangsa telah dirasmikan oleh Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.

Pusat Komuniti Bukit Antarabangsa telah ditubuhkan sempena 3 tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, baru-baru ini.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Komuniti Antarabangsa telah dirasmikan oleh Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.

“Alhamdulilah dengan genapnya pemerintahan kerajaan PR, kita dapat menubuhkan satu Pusat Komuniti disini bagi membolehkan rakyat mengadakan berbagai aktiviti kemasyarakatan. Antaranya mereka boleh membuat sebarang aduan rakyat, mesyuarat, sukan, khidmat kaunseling, pendidikan, Kelas agama, mini cafe, dan sebagainya. Semoga semua rakyat dapat manfaatkan sebaiknya. Pusat ini telahpun mula beroperasi dan akan bermula jam 9:00 pagi sehingga 5 :30 petang” ujar Azmin semasa perasmian tersebut.

Beberapa program komuniti seperti sukan rakyat telah diadakan sempena pembukaan pusat tersebut di mana Azmin sempat beramah mesra dengan rakyat tempatan sebelum turun bermain ping-pong.

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kamri Kamaruddin berkata, majlis pelancaran Pusat Khidmat Komuniti Bukit Antarabangsa di Pejabat JKP Zon 5 tersebut turut mengadakan Jamuan Tahun Baru Cina bagi meraikan Kaum Thiounghua.

Sepanjang program ini Kerajaan Negeri Selangor turut menawarkan informasi mengenai inisiatif kerajaan dengan membuka kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membuka kaunter bayaran MPAJ.

Turut hadir bersama bagi menjayakan Majlis Perasmian pusat ini ialah Ahli Parlimen Ampang,  Zuraida Kamaruddin, Ahli-ahli Majlis MPAJ, Polis dan Ketua-ketua Kampung.