Tan Chong Motors buka kilang di Sabah

Tan Chong Motors buka kilang di Sabah

Tan Chong Motor Holdings, yang merupakan pengedar dan pemasang tunggal kereta Nissan di Malaysia telah mengumumkan pembinaan kilang memasang kenderaan pacuan empat roda di Sabah.

Peluang pekerjaan dijangka akan bertambah apabila sebuah kilang membuat kenderaan oleh Tan Chong Motor Holding Sdn Bhd akan didirikan di Sabah tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Industri Sabah, Raymond Tan Shu Kiat berkata, sebanyak 500 peluang pekerjaan akan diwujudkan dan berharap agar peluang itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh penduduk Sabah.

“ Rakyat harus merebut peluang tersebut kerana ia bukan sahaja menyediakan sumber pendapatan, tetapi juga sebagai salah satu cara bagaimana rakyat dapat membantu kerajaan negeri menarik lebih banyak syarikat besar dari dalam dan luar negara untuk datang dan membuat pelaburan di negeri ini,”  kata Raymond selepas Program Peluang Kerjaya Tan Chong Motor Assembly kelmarin.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Menurutnya lagi aspek sumber manusia menjadi keutamaan kepada mana-mana syarikat untuk membuat pelaburan dan dengan itu kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa ia mampu memenuhi keperluan itu kepada mana-mana syarikat yang ingin membuat pelaburan di negeri ini.

Raymond yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat berkata, Tan Chong Motor Holding Bhd, yang merupakan pengedar dan pemasang tunggal kenderaan Nissan di Malaysia.

Tan Chong Motor Holding Sdn Bhd telah mengumumkan pembinaan kilang memasang kenderaan empat roda di negeri ini pada tahun lepas.

Sehubungan dengan itu kerajaan negeri telah menjanjikan penyediaan kemudahan prasarana yang baik termasuk bekalan elektrik yang mencukupi kepada syarikat Tan Chong untuk menjalankan operasi mereka kata Raymond.

See also  QJMOTOR shines at Canton Fair

Gary Louis Supi