Rugi RM120 juta akibat pencurian meter, kabel dan tenaga

Rugi RM120 juta akibat pencurian meter, kabel dan tenaga

Syarikat SESCO Bhd, anak syarikat Sarawak?Energy Bhd (SEB), menanggung kerugian sebanyak RM120 juta tahun lepas disebabkan? oleh perbuatan mencuri meter, kabel dan tenaga di seluruh Sarawak.

Syarikat SESCO Bhd, anak syarikat Sarawak? Energy Bhd (SEB), menanggung kerugian sebanyak RM120 juta tahun lepas disebabkan? oleh perbuatan mencuri meter, kabel dan tenaga di seluruh Sarawak.

Naib Presiden Kanan SEB Aishah Eden berkata zon tengah atau Sibu mencatatkan?jumlah tertinggi berjumlah RM60 juta.

Semasa ditemui selepas sesi dialog antara SESCO dan polis di bangunan?syarikat di Jalan Deshon Timur di sini hari ini, beliau berkata Kuching di?tempat kedua diikuti Bintulu dan Miri.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan angka bagi kerugian yang ditanggung di?bandar-bandar itu.

Sebelum itu, semasa taklimat, pengurus zon tengah syarikat, Charles Ha?berkata pada November tahun lepas, kawasan Sibu mencatatkan kerugian berjumlah?RM7.015 juta.

Keadaan semakin teruk pada Disember apabila angka itu meningkat kepada?RM7.325 juta.

“Pada Januari tahun ini, kami mencatatkan kerugian berjumlah RM5.782?juta,” katanya.

Ha berkata 48 unit meter dilaporkan dicuri tahun lepas manakala sehingga?kini tahun ini sahaja sebanyak 32 unit.

“Bagi kecutian tenaga, kawasan utama ialah di Jalan Pelawan, Jalan Tuanku?Osman dan SibuJaya,” katanya.

Sementara itu, ketua polis Sibu ACP Shafie Ismail memberi jaminan yang polis?akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SESCO dalam menangani kes curi?melibatkan hartanya

– Bernama