Pelumba Iran menang peringkat satu Jelajah Malaysia

Pelumba Iran menang peringkat satu Jelajah Malaysia

Pelumba Iran, Mehdi Sohrabi dari pasukan?Tabriz Petrochemical, hari ini memenangi Jersi Kuning dalam perlumbaan Peringkat ?Satu Jelajah Malaysia 2011 dari Kota Iskandar ke Bandar Penawar di sini.

Pelumba Iran, Mehdi Sohrabi dari pasukan? Tabriz Petrochemical, hari ini memenangi Jersi Kuning dalam perlumbaan Peringkat ?Satu Jelajah Malaysia 2011 dari Kota Iskandar ke Bandar Penawar di sini.

Pelumba berusia 30 tahun itu mencatat masa tiga jam, 39 minit dan 34 saat?untuk melepasi garisan penamat, hanya 0.02 di hadapan pelumba Estonia, Mart?Ojavee, dari pasukan Champion.

Seorang lagi pelumba Malaysia Mohd Hariff Salleh, yang mewakili Terengganu?Pro-Asia Cycling Team, menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 3’39:38s.

Dengan kemenangan itu, Mehdi juga meraih Jersi Biru sebagai pelumba terbaik?Asia.

“Saya tak fikir akan berupaya memenangi dan mengekalkan Jersi Kuning dalam?perlumbaan selepas ini,” kata Mehdi, yang berjaya meninggalkan kumpulan?pesaingnya bersama enam penunggang lain 60km sebelum garisan penamat.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Pelumba itu berkata rakan sepasukannya dari Rusia, Boris Shpilevsky, mampu?meraih kemenangan pada peringkat berikutnya.

Shpilevsky meraih kemenangan pertamanya pada perlumbaan Le Tour de Langkawi?(LTdL) 2011 dengan mengungguli Peringkat 9 dari Melaka ke Nilai.

Selepas Peringkat 1, Tabriz Petrochemical menjadi pendahulu keseluruhan?JM2011 dan klasifikasi pasukan Asia dengan catatan masa 10’58:50s.

Sementara itu, Mohd Hariff berkata dia tidak menyangka akan meraih Jersi?Biru bagi kategori pecut kerana menjangka rakan sepasukannya, Anuar Manan, yang?akan memenanginya.

“Saya terjatuh pada zon pecutan pertama di Pulai Perdana dan menjangka ia?akan menjejaskan peluang saya.

Saya meneruskan perlumbaan, tapi Anuar kurang?bernasib baik kerana tertinggal terlalu jauh,” katanya.

Selain memenangi Jersi Hijau, Mohd Hariff juga meraih Jersi Putih yang?dikhaskan bagi pelumba terbaik Malaysia.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster

Bagi perburuan Jersi Merah pula, pelumba Jerman, Daniel Westmahelmann, dari?Team Eddy Merckk – Indeland, mendahului peserta lain dengan empat mata, diikuti?Mark John Lexer Galedo dari 7 Eleven Racing Team by Roadbike Philippines, dengan?mata yang sama.? Penunggang Aisan Racing Team, Yasuharu Nakajima, menduduki tempat ketiga,?dengan dua mata.

– Bernama