Kelab Harmoni Selangor anjur aktiviti kemasyarak?atan

Image by Eastop

Aktiviti kemasyarakatan, pendidikan dan sukan akan terus menjadi agenda utama Kelab Harmoni Selangor (KHS) yang kini semakin mendapat perhatian masyarakat setempat  khususnya di negeri ini.

Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS)  Dr V Sunder berkata, kelab berkenaan bukan sahaja mensasarkan aktiviti kebajikan semata-mata.

Malah, pihaknya juga kini giat mempromosi  program pencegahan jenayah di kalangan penduduk setempat.

“Kelab berkenaan juga dalam perancangan untuk mengadakan beberapa program kesukanan dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera,” katanya ketika berucap menghadiri Mesyuarat Agung KHS Kali Ke 7 di De Palma Hotel baru-baru ini.

Hadir sama ialah Penaung KHS, Tan Sri Abu Hassan Omar dan 200 ahli KHS yang lain.

Mengulas lanjut, V Sunder berkata mesyuarat yang diadakan ini mendapat sokongan sebulat suara daripada semua ahli untuk  memastikan KHS terus unggul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang telah banyak membantu masyarakat khususnya golongan yang memerlukan perhatian.

“Malah kita juga akan menumpukan beberapa aktiviti berkaitan kesedaran jenayah di kalangan orang ramai melalui beberapa siri ceramah dengan  kerjasama pihak polis,” katanya.