Komen: Kaum wanita patut sedar hak sendiri

Women march in Istanbul on International Women's Day

Tema Hari Wanita tahun ini ialah “Wanita dan Kesaksamaan”. Walaupun hak wanita di Malaysia semakin meningkat tetapi masih jauh daripada sasaran.

Dalam kes-kes yang saya atasi sebelum ini, saya dapati bukan sahaja lelaki tidak tahun hak asasi manusi tetapi wanita sendiri juga tidak sedar dengan hak istimewa wanita.

Mengenali hak  istimewa wanita bererti memahami undang-undang yang melindungi golongan wanita daripada gangguan seksual.

Dalam kes yang saya hadapi baru-baru ini, seorang cikgu di Sekolah Pandan Mewah telah mencabul 11 pelajar perempuan.

Bahkan sebelum pelajar memasuki bilik guru disiplin, terdapat seorang cikgu wanita yang berkata sedemikian: “11 orang perempuan dan dua orang lelaki buat apa ‘kerja’ di bilik darjah? Kerja lain ke?”

Hujah itu telah menjadi satu gangguan seksual dari mulut, mungkin cikgu wanita pun tidak sedar bahawa beliau tidak patut cakap begitu.

Lebih mengejutkan, suspek lelaki tersebut telah mengakui bahawa beliau telah menyentuh 11 pelajar tersebut dalam suatu mesyuarat yang diadakan di antara ibu bapa dan pihak sekolah. Dia sepatutnya dilarang sentuh mahupun sekali! Ini bermaksud suspek itu tidak sedar kelakuan beliau sudah mengancam hak seseorang wanita.

Selepas kejadian tersebut, guru besar sekolah yang merupakan seorang wanita, juga tidak megambil apa-apa tindakan yang segera dan tidak pernah jumpa mangsa-mangsa, malang masih membenarkan suspek itu kembali ke sekolah dan berhadapan mangsa-mangsa selepas tiga hari. Keputusan guru besar sekolah itu amat mengecewakan.

Enam hari selepas mangsa-mangsa membuat laporan polis, mereka dibawa ke hospital dan disoal tanya oleh pegawai lelaki daripada jabatan kerja sosial yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Kesihatan. Sebelas murid wanita yang terlibat ditanya-tanya dengan cara-cara cikgu mencabul mereka, dan diantara mereka menangis kerana takut dengan soalan yang dikemukakan.

Sebenarnya, kes ini sudah dilaporkan kepada polis dan segala butir pun sudah dicatit dalam laporan polis, saya tidak faham kenapa mereka masih mengulangi soalan yang tidak berkenaaan lagi.

Pagi ini, saya diberitahu kehadiran dua orang pegawai — seorang lelaki dan seorang wanita — daripada Jabatan Jemaa Nazir dan Jaminan Kualiti — yang telah tiba untuk bertemu dengan 11 wanita mangsa tanpa pengetahuan ibu bapa. Mereka bertanya-tanya soalan yang sama.

Kes tersebut jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan institusi dalam masyarakat kita sudah terlampau ikat dengan sistem kurang profesional sampai mengabaikan perasaan mangsa. Sebenarnya kes seperti gangguan sexual atau rogol harus dikendali dengan cara lain. Segala sesi soal tanya hanya boleh dijalankan oleh ahli psikologi atau dengan kehadiran ahli psikologi.

Oleh itu, kesedaran golongan wanita sendiri amat perlu dalam perjuangan kesaksamaan hak wanita di masyarakat ini. Selepas itu, menambahbaik sistem pengurusan untuk mengatasi kes wanita supaya mangsa tidak akan diseksa lagi.