Risda akan tunai 65 permohonan bina dan baiki rumah

Risda akan tunai 65 permohonan bina dan baiki rumah

Sebanyak 65 permohonan membabitkan pembinaan rumah baru dan baik pulih rumah akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kelantan awal tahun ini, bagi menghabiskan baki peruntukan RM1.2 juta yang disalurkan tahun lepas.

Sebanyak 65 permohonan membabitkan pembinaan rumah baru dan baik pulih rumah akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kelantan awal tahun ini, bagi menghabiskan baki peruntukan RM1.2 juta yang disalurkan tahun lepas.

Penyelaras Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Kelantan, Samsuddin Mohd Noor, berkata Risda melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar membuat pembinaan dan membaik pulih rumah golongan miskin di Kota Baharu, Bachok dan Tumpat.

“Pada tahun lepas, kami menerima peruntukan RM13 juta untuk pembinaan beberapa rumah baru dan baik pulih rumah yang sudah uzur. Daripada jumlah itu, terdapat baki sebanyak RM1.2 juta…proses pembinaan rumah dan membaik pulih rumah dilaksanakan dan dijangka siap Jun ini.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Selepas itu kami akan menumpukan perhatian untuk pembinaan dan baik pulih rumah lain mengikut peruntukan baru yang dijangka dapat diterima pada April atau Mei ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Samsuddin berkata bagi pembinaan rumah baru dan baik pulih rumah itu, Risda dipertanggungjawab dengan tiga daerah berkenaan manakala Pasir Mas dan Pasir Puteh dikendalikan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Bagi daerah Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai, usaha pembangunannya dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), katanya.

Mengenai penerima bantuan itu, beliau berkata permohonan boleh dibuat dengan mendaftar dengan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan penggawa di kawasan masing-masing sebelum dikemukakan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

See also  Majestic Group transforms: Unveiling the new Majestic Gen

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat menerusi e-Kasih, katanya.

– Bernama