Pemilik kilang perabot cuba bakar diri

Pemilik kilang perabot cuba bakar diri

Tindakan pantas anggota polis hari ini berjaya menghalang seorang pemilik kilang perabot Kampung Chempaka dalam cubaan untuk membakar dirinya.

Tindakan pantas anggota polis hari ini berjaya menghalang seorang pemilik kilang perabot Kampung Chempaka dalam cubaan untuk membakar dirinya.

Pemiliknya, Lam Chen Yon, 61 dipercayai memegang cecair dipercayai minyak tanah yang diisi dalam botol minuman.

Beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) mahu menyita barangan serta menutup kilang perabot yang telah didirikan sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu, lebih kurang 80 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Syabas dan TNB berkumpul di hadapan kedai perabot tersebut.

Namun begitu, ketika kakitangan penguatkuasa cuba untuk melakukan kerja menyita, menutup dan mengarahkan pemilik kilang mengosongkan bangunan kilang, mereka telah dihalang oleh ahli keluarga dan sebuah kereta Wira dipakir dihadapan pintu masuk kilang perabot.

Turut tertera sepanduk ‘beri kami masa, kami bukan melanggar undang-undang MBPJ, ahli majlis tak ada hati perut’.

Semasa perbincangan, berlaku pergelutan selama 15 minit melibatkan anggota polis diketuai oleh Ketua Balai Polis Kelana Jaya, Cif Inspektor, Saunders Henry, dan ahli keluarga Lam.

Lam dipercayai mencurahkan minyak petrol cuba untuk membakar dirinya kemudiannya berjaya ditenteramkan oleh anggota polis.

Suasana menjadi bertambah tegang apabila anaknya menjerit mengarahkan anggota polis melepaskan bapanya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka ringan dibadannya kesan daripada curahan minyak tanah.

Sementara itu, Saunders menasihatkan anggota penguatkuasa MBPJ supaya memberhentikan kerja menyita, meroboh dan mengadakan rundingan dengan keluarga tersebut.

Susulan kejadian itu, ahli majlis Zon 24, Cynthia Gabriel, berkata beliau membuat laporan polis di balai polis Kelana Jaya kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Menurutnya, laporan polis dibuat kerana beliau mendakwa ahli keluarga menghalang tugas penjawat awam.

“Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ telah mengeluarkan notis meroboh dan mengosongkan pada 30, 10 Sept 2008 dan 13 Mac 2009,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MBPJ, hari ini.

Gabriel berkata, bagaimanapun, pemilik kilang perabot tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung notis arahan yang dikeluarkan.

Mengulas lanjut, menurutnya pada 18 Jan lalu kes itu dibawa ke mahkamah dan pemilik tidak mengaku bersalah.

“Manakala, pemilik mengaku bersalah di mahkamah pada sebutan kes kedua 26 Jan lalu dan diarahkan membayar denda RM7,000.

“Pada 28 Jan lalu, dapat perintah injuksi daripada mahkamah untuk merobohkan kilang,” katanya.

Cynthia berkata, operasi terpaksa ditangguhkan dua minggu sementara menanti pemilik hadir bersama peguam untuk tindakan seterusnya.